Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suami isteri warga S'pura maut dalam nahas di India

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



SEPASANG suami isteri warga Singapura sedang bercuti di India apabila sebuah lori tangki yang dipandu laju merempuh kereta mereka pada Ahad.



Encik Yuvarajan Selvam dan isterinya, Cik Nagajoethi Varasarasun, kedua-duanya berusia dalam lingkungan 40-an tahun, maut bersama lelaki yang memandu mereka dari Chennai ke Tirupati.



Pasangan itu telah membuat perjalanan dari Singapura ke India pada 8 Mac untuk bercuti dan dijangka disertai anggota keluarga lain dari Singapura pada 13 Mac untuk bahagian kedua lawatan mereka.



Tetapi, pada 13 Mac, anggota keluarga pasangan itu menerima panggilan memaklumkan bahawa mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di India.



Encik Yuvarajan, seorang pengurus pembinaan dan Cik Nagajoethi, seorang guru, telah menyewa kereta dan pemandu untuk membawa mereka dari Chennai, di mana mereka menginap, ke sebuah kuil di Tirupati pada pagi Ahad.



Perjalanan 130 kilometer itu dijangka memakan masa kira-kira tiga setengah jam.



Tetapi, pada sekitar 8.30 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Singapura), ketika berada di separuh perjalanan mereka dekat Nagari, Andhra Pradesh, lori tangki minyak yang dipandu laju merempuh kereta itu dan mengheretnya dari jalan raya ke sebuah padang.



Pasangan itu dan pemandu mereka dilaporkan mati di tempat kejadian.



Pemandu lori tangki itu awalnya melarikan diri dari tempat kejadian, menyebabkan polis melancarkan usaha memburu, lapor The Times of India.



Ia kemudian dilaporkan bahawa lelaki tersebut telah ditahan.



Seorang inspektor polis dari Nagari dipetik dalam akhbar India, The Hindu, berkata bahawa pasangan itu telah dalam perjalanan ke kuil untuk 'darshan' iaitu melihat dewa untuk mendapat berkat dalam agama Hindu.



Beliau menambah bahawa mayat terpaksa dikeluarkan daripada lori tangki yang ranap dan kemudian dibawa ke hospital di Nagari untuk bedah siasat.



Kemalangan itu menyebabkan kesesakan panjang yang hanya dapat diselesaikan selepas dua jam.



Keluarga pasangan yang maut itu menerima panggilan daripada pihak berkuasa Singapura kira-kira 3 petang Ahad dan terpaksa memaklumkan berita itu kepada anak lelaki pasangan yang berusia sembilan tahun.



Ahli keluarga terbang ke India pada malam Ahad, dan dibantu oleh pihak berkuasa untuk menghantar jenazah pasangan itu pulang ke tanah air.



Jenazah pasangan itu dijangka diadakan di 633, Hougang Avenue 8 mulai petang Rabu dan rombongan akan berlepas ke Krematorium Mandai pada petang Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >