Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Suarez kembali ke Nacional

Jul 28, 2022 | 07:39 AM



LONDON: Bekas pemain Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez, berkata beliau telah mencapai persetujuan awal untuk menyertai kelab profesional pertamanya, Nacional, di Uruguay.



Suarez, 35 tahun, kini tanpa kelab selepas meninggalkan Atletico Madrid apabila kontraknya luput bulan lalu.



Beliau dijangka menyertai Nacional sekurang-kurangnya sehingga Piala Dunia 2022 bermula pada November nanti.



Dalam satu video yang diterbitkannya di media sosial, Suarez berkata butiran perjanjian dengan Nacional sedang dimuktamadkan dan kededua pihak berharap dapat mencapai perjanjian yang diingini.



Sekitar 20,000 penyokong Nacional menggunakan topeng wajah Suarez dalam satu perlawanan baru-baru ini selepas kelab itu dikaitkan dengan beliau.



Suarez pertama kali muncul sebagai pemain Nacional semasa berusia 18 tahun pada 2005.



Beliau membantu kelab itu memenangi kejuaraan liga sebelum berpindah ke Groningen di Belanda pada musim sebelumnya.



"Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyambut kehadiran saya dan keluarga dengan begitu baik," kata Suarez dalam video itu.



Menambah, beliau berkata sambutan itu telah menjadikannya sukar untuk menolak perjanjian bermain untuk Nacional. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >