SOALAN yang bermain di minda peminat bola sepak Liga Perdana England (EPL) dan juga peminat pasukan bergelar 'The Gunners' ialah - adakah Arsene Wenger akan kekal memimpin Arsenal pada musim hadapan?
Ramai juga ingin tahu sama ada beliau, yang juga sering digelar Profesor, mampu bertahan sehingga ke akhir musim, atau mungkin beliau dipecat dalam jangka masa terdekat ini?