Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Asia 2023: Atlet S’pura tetap berjaya meski kurang pingat

Oct 07, 2023 | 05:26 PM



Meskipun membawa pulang kurang pingat dalam Sukan Asia 2023 berbanding Sukan Asia yang terakhir pada 2018, usaha atlet Singapura, yang kebanyakannya membuat penampilan sulung mereka di Hangzhou, China, tetap harus dipuji, kata ketua Insititut Sukan Singapura (SSI), Dr Su Chun Wei.

Malah, Dr Su menyifatkan kempen Team Singapore dalam edisi ke-19 temasya sukan Asia itu sebagai “berjaya”.

Menurutnya lagi, atlet negara dalam sukan olahraga, kapal layar, kanu, permainan kad ‘contract bridge’, renang dan wushu telah bersaing dengan cemerlang di Hangzhou.


Sementara itu, sukan seperti badminton, menembak, tenis meja, hoki dan lawan pedang kurang menetapi jangkaan.


Selepas 19 hari bertanding di Hangzhou, kontinjen terbesar Singapura dalam Sukan Asia itu berjaya menggondol 16 butir pingat – tiga emas, enam perak dan tujuh gangsa – hingga 5 petang Sabtu (waktu Singapura) selain juga berjaya mencatat enam rekod kebangsaan dan 14 prestasi terbaik peribadi.


Seramai 427 atlet daripada 32 sukan telah bersaing di Sukan Asia itu, yang ditangguh setahun akibat pandemik Covid-19.

Dalam edisi lalu di Jakarta, Indonesia, pada 2018, pasukan Singapura, yang diwakili 265 atlet dalam 21 sukan, membawa pulang 22 butir pingat – empat emas, empat perak dan 14 gangsa.

Berucap dalam sidang media untuk menutup tirai kempen Singapura di Sukan Asia Hangzhou pada Sabtu, Dr Su berkata: 

“Ini adalah Sukan Asia yang berjaya bagi Team Singapore. 

“Wajar diberi perhatian juga bahawa kebanyakan pingat ini adalah dalam acara Sukan Olimpik. Ini menunjukkan atlet kita mempunyai kemampuan, kekuatan dan keinginan untuk menang di peringkat Asia dan dunia – melebihi kejayaan di Sukan SEA.”

Sukan Olimpik akan diadakan di Paris, Perancis pada 2024.

Srikandi pecut Shanti Pereira, yang telah menempa tempat untuk bersaing di Paris, mencipta sejarah selepas memenangi pingat emas pertama Singapura dalam sukan olahraga di Sukan Asia sejak 1974.

Beliau merangkul pingat emas itu dalam acara larian pecut 200 meter wanita, sehari selepas meraih pingat perak dalam 100 meter.


Sukan kapal layar turut cemerlang menyumbang tujuh pingat kepada pungutan negara, termasuk dua emas yang dimenangi oleh Maximilian Maeder (Luncur Lelayang Formula Lelaki) dan Ryan Lo (ILCA7 Lelaki). 

Dr Su menambah bahawa atlet muda terus membentuk masa depan pasukan Singapura, dengan pembangunan mereka akan tekad diutamakan.

“Kami akan terus komited dan melabur dalam pembangunan atlet kita untuk menjamin kejayaan masa depan sukan Singapura. Team Singapore akan terus menurunkan pasukan yang muda,” katanya.


Seramai 334 atlet – atau kira-kira 78 peratus –  di Hangzhou adalah muka baru.

“Mereka membentuk sebahagian besar kontinjen dan sekali lagi, mereka memaparkan prestasi yang harus dipuji di Sukan Asia. Mereka membuktikan kehebatan mereka menentang pasukan gergasi seperti China, Korea Selatan dan Jepun,” tambah Dr Su. 

Perenang Letitia Sim, 20 tahun, dan pelari pecut Marc Brian Louis, 21 tahun, adalah antara bakat muda yang tampil menunjuk taring.

Sim mencatat rekod kebangsaan empat kali – tiga dalam acara individu kuak dada dan satu bersama pasukan berganti-ganti. 

Catatan masa itu juga hampir membawa beliau naik ke podium.


Louis pula mencatat rekod kebangsaan lebih pantas dalam acara 100 meter lelaki, yang dimiliki UK Shyam selama 22 tahun, sebanyak sesaat apabila mencatat masa 10.27 saat pada separuh akhir.

Dalam pada itu, Dr Su juga mengakui beberapa sukan “berupaya beraksi dengan lebih baik” di Hangzhou.

Badminton, misalnya, hanya mempunyai satu wakil pada suku akhir, iaitu pasukan belia, Johann Prajogo dan Nge Joo Jie, kededuanya 19 tahun, dalam acara beregu lelaki.

Pemain lain, yang berprofil lebih tinggi, seperti pemain nombor sembilan dunia, Loh Kean Yew, terkandas awal di pusingan 32 pemain terbaik.

Lawan pedang juga pulang dengan tangan kosong, meskipun di Sukan SEA telah menyapu pingat emas dalam hampir semua acara.

“Pasukan ini kini perlu melakukan analisis yang mendalam mengenai taktik dan strategi yang kurang berjaya untuk mengatasi pesaing terdekat kita,” kata Dr Su.

“Kita masih ada masa. Kita tidak harus menggunakan kekecewaan ini untuk melemahkan semangat diri. Tetapi, mungkin harus menggandakan usaha…lebih berani untuk melakukan apa sahaja bagi mencapai aspirasi,” tambahnya. 

Sukan Asia seterusnya akan berlangsung pada 2026 di Nagoya, Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >