Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikuti detik sebelum pasukan Singa wanita berlepas ke Sukan Asia

Sep 20, 2023 | 1:54 PM
DEMI NEGARA: Pasukan bola sepak wanita Singapura berlepas ke Sukan Asia di Hangzhou, China, pada Rabu.
DEMI NEGARA: Pasukan bola sepak wanita Singapura berlepas ke Sukan Asia di Hangzhou, China, pada Rabu. - Foto BH oleh ABDUL QAYYUM SARIP

Selepas berbulan menjalani persiapan, skuad bola sepak Singa wanita telah berlepas ke Hangzhou, China, pada Rabu untuk beraksi dalam Sukan Asia.

Seawal 5 pagi, seragam blazer dan baju polo berwarna merah serta seluar berwarna khaki memenuhi dewan pelepasan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Berita Harian (BH) mengajak anda menjejaki persiapan pasukan itu menerusi lensa penyerang bola sepak, Farhanah Ruhaizat.

Dalam satu siri video, Farhanah kali ini membawa BH ke Lapangan Terbang Changi untuk melihat di sebalik tabir keberangkatan pasukan Singapura ke Hangzhou bagi temasya sukan dari 23 September hingga 8 Oktober itu.

Anggota keluarga dan rakan taulan turut hadir memberikan kata-kata semangat dan ucapan selamat tinggal kepada pemain.

Skuad Singa wanita kendalian jurulatih Karim Bencherifa akan diwakili seramai 22 pemain.

Singapura akan menentang juara tiga kali Sukan Asia, Korea Utara, sebanyak dua kali dalam Kumpulan C pada 24 dan 27 September.

Ini selepas Kemboja menarik diri daripada Sukan Asia ke-19 itu.

Bola sepak wanita diperkenal di Sukan Asia pada 1990, tetapi pasukan wanita Singapura tidak pernah mengambil bahagian dalam lapan kejohanan lalu.

Imbas kod QR untuk tonton video persiapan pasukan Singa wanita menjelang Sukan Asia.
Imbas kod QR untuk tonton video persiapan pasukan Singa wanita menjelang Sukan Asia. -
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg