Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Sukan Asia: Joseph Schooling muncul terpantas dalam pusingan saringan 100 meter gaya kupu-kupu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sukan Asia: Joseph Schooling muncul terpantas dalam pusingan saringan 100 meter gaya kupu-kupu

Aug 22, 2018 | 04:37 PM

JAKARTA: Joseph Schooling berjaya melayakkan diri bagi pusingan akhir acara renang 100 meter gaya kupu-kupu dengan mencatatkan masa terpantas secara keseluruhan, iaitu 52.31 saat, di Sukan Asia 2018 pagi tadi (22 Ogos).

Perenang berusia 23 tahun itu muncul terpantas daripada 34 pesaing.

Yuki Kobori dari Jepun menduduki tempat kedua manakala Li Zhu Hao dari China pula mendududki tempat ketiga secara keseluruhan.

Sementara itu, rakan sepasukan Schooling, Quah Zheng Wen yang turut melayakkan diri bagi pusingan akhir, mencatat masa 52.76 saat dan menduduki tempat keempat terpantas secara keseluruhan.

Juara Olimpik itu juga memenangi acara yang sama semasa Sukan Asia pada 2014 dengan mencatat masa rekod 51.76 saat dalam sejarah Sukan Asia ketika itu.

Beliau akan beraksi dalam pusingan akhir sekitar 7 malam ini, waktu Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3