Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Para Asean 2023: Prestasi keempat terbaik S’pura di tempat lawan

Jun 09, 2023 | 02:23 PM



Atlet Singapura merangkul dua pingat emas, satu pingat perak dan enam pingat gangsa pada Khamis, iaitu hari terakhir pertandingan Sukan Para Asean (APG) di Kemboja.

Secara keseluruhan, Singapura berjaya memenangi 12 pingat emas, 15 pingat perak dan 17 pingat gangsa – merupakan prestasi keempat terbaik Singapura di APG di luar negara.

Prestasi Singapura pada edisi sulung APG pada 2001 (16 emas, sembilan perak dan 12 gangsa) di Kuala Lumpur kekal terbaik mereka di luar negara; diikuti APG 2005 di Manila (15 emas, 10 perak dan sembilan gangsa); serta APG 2009 di Kuala Lumpur (14 emas, enam perak dan tiga gangsa).

Rekod terbaik Singapura adalah di tanah air pada APG 2015, apabila negara ini meraih 24 emas, 17 perak dan 22 gangsa.

Perenang Colin dan Sophie Soon menyumbang dua pingat emas dalam acara lelaki dan wanita 50 meter gaya bebas pada Khamis, dengan kedua-duanya mencatatkan rekod masa terbaru di temasya itu.

Colin mencatat masa 27.02 saat dalam acara tersebut, 0.36 saat lebih cepat daripada perenang Indonesia, Marinus Melianus Yowei, manakala perenang Singapura, Wong Zhi Wei, menduduki tempat ketiga dengan masa 27.43 saat.

Sophie pula mencatat masa 33.26 saat untuk mengalahkan pesaingnya, Firstania Amir dari Indonesia.

Sophie, yang merangkul tiga pingat emas sepanjang temasya itu, berkata:

“Secara keseluruhan, ia cukup baik. Saya gembira dapat menambah bilangan pingat buat Singapura tetapi saya sangat berterima kasih kepada seluruh pasukan saya kerana menjadi sebahagian besar dalam perjalanan saya dan menyumbang kepada keputusan saya.”

Colin, yang memenangi empat pingat emas dan satu pingat perak, pula berkata:

“Sepanjang pertandingan, saya tidak berasa begitu yakin kerana saya rasa saya boleh membuat persiapan lebih baik lagi... Tetapi saya berterima kasih atas segala-galanya yang membantu membawa saya ke pertandingan yang hebat kali ini.”

Pada Khamis, pemain tenis meja Singapura, Claire Toh, memenangi pingat perak dan menduduki tempat kedua daripada tiga peserta dalam kelas perseorangan wanita 1-2, yang dimainkan dalam format ‘round-robin’, atau bergilir-gilir menentang setiap peserta.

“(Saya) tidak begitu berpuas hati kerana saya rasa boleh melakukan lebih baik. Saya memberitahu diri saya tidak mengapa, dan saya hanya perlu bersabar dan bermain mengikut standard saya,” kata Toh.

Kemenangan beliau menentang lawan pertamanya, Suthida Saenthasan dari Thailand, bukanlah mudah.

Pemain berusia 30 tahun itu ketinggalan 9-11 dan 8-11 tetapi bangkit untuk memenangi tiga perlawanan seterusnya 11-3, 11-6 dan 15-13.

Namun, Toh tidak dapat melakukan ‘comeback’ pada perlawanan kedua menentang pemain Thailand, Chilchitparyak Bootwansirina, yang menang 11-3, 9-11, 11-9 dan 11-9.

Selain pingat gangsa yang diperolehi perenang Wong, terdapat dua lagi penamat tempat ketiga dalam acara renang wanita – Janelle Tong (50m gaya bebas berklasifikasi S10) dan Danielle Moi (50 meter gaya bebas berklasifikasi S14).

Tay Wei Ming dan Rodrick Lee masing-masing memenangi pingat gangsa dalam kategori perseorangan badminton SU5 lelaki dan perseorangan kelas 2 tenis meja lelaki, manakala pemain boccia Aloysius Gan dan Toh Sze Ning menduduki tempat ketiga dalam kategori pasangan campuran BC3.

Majlis penutup APG diadakan Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >