Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARA ASEAN

Adik-beradik perenang-para rangkul emas di Sukan Para Asean 2023

Jun 05, 2023 | 03:40 PM



KEGEMBIRAAN berganda buat keluarga Soon apabila adik-beradik Colin Soon dan Sophie Soon sama-sama menang emas dalam sukan renang pada Sukan Para Asean (APG) pada Ahad.

Singapura secara keseluruhan merangkul tiga pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat gangsa.

Colin, 18 tahun, menang emas pertama Singapura pada pertandingan itu selepas memenangi acara lelaki 100 meter kuak dada berklasifikasi SB13 dalam masa 1 minit 13.71 saat di Pusat Akuatik Morodok Techo di Kemboja, mengatasi masa 1 minit 14.57 saat yang ditetapkan oleh atlet Indonesia, Marinus Melianus Yowei, sebelum ini.

Rakan sepasukan Wong Zhi Wei (1 minit 17.14 saat) merangkul gangsa dalam acara yang sama, manakala Marinus menduduki tempat kedua dengan masa 1 minit 16.60 saat.

Kakak Colin, Sophie, turut merangkul emas pada Ahad dalam acara wanita 100 meter kuak dada berklasifikasi SB13.

Atlet berusia 25 tahun itu mencatat masa 1 minit 29.78 saat untuk mengalahkan pesaingnya, Firstania Kayla Amir dari Indonesia (1 minit 55.01 saat).

Ini bukan kali pertama adik-beradik Soon itu memenangi emas pada hari yang sama di APG. Mereka turut melakukannya dalam acara 100 meter kuak dada berklasifikasi SB12 pada APG 2022 di Indonesia, di mana Colin membuat penampilan sulung dalam sukan itu.

“Pingat emas ini amat bermakna buat saya kerana ia adalah pingat emas kedua saya berturut-turut untuk acara sama ini.

“Saya pastinya berasa lebih yakin kali ini kerana saya tahu apa yang akan berlaku. Tetapi setakat ini, ia juga merupakan pengalaman membuka mata yang berbeza dengan APG tahun lepas di Indonesia.

“Saya rasa sejak itu, saya telah berkembang sebagai perenang dan saya telah belajar banyak sejak itu,” ujar Colin.

Bagi Sophie pula, ia adalah detik istimewa untuk menang pada hari yang sama dengan adik lelakinya. Beliau berkata:

“Saya suka melihat adik saya berlumba, dan lebih-lebih lagi, beliau berada dalam pasukan bersama saya.

“Memenangi emas untuk negara kita hari ini adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi saya. Saya sangat bangga dan gembira kerana dapat melakukan ini bersamanya.”

Antara perenang Singapura lain yang bertanding pada Ahad ialah Toh Wei Soong, yang mencatat masa 1 minit 04.97 saat untuk memenangi acara lelaki 100 meter gaya bebas berklasifikasi S7, mengatasi masa sebelumnya iaitu 1 minit 07.53 saat pada 2017, kali terakhir beliau bertanding di APG.

Mendapat tempat kedua ialah Ernie Agat Gawilan dari Filipina (1 minit 07.42 saat), mendahului Thoai Han Quang (1 minit 11.82 saat) dari Vietnam.

Toh juga memenangi perak dalam acara 400 meter gaya bebas berklasifikasi S7 pada Ahad.

Janelle Tong menggondol perak dan gangsa dalam acara wanita 400 meter gaya bebas dan acara 100 meter gaya bebas berklasifikasi S10 masing-masing.

Danielle Moi juga memenangi perak dalam acara wanita 50 meter kuak lentang berklasifikasi S14, di mana beliau mencatat rekod nasional dengan masa 36.20 saat.

Selain gangsa diperolehi Wong dalam acara lelaki 100 meter kuak dada berklasifikasi SB13, Darren Chan turut memperoleh gangsa dalam acara lelaki 100 meter kuak dada berklasifikasi SB14, manakala atlet angkat berat Nur Aini Yasli membawa pulang dua pingat gangsa dalam kategori 50 kilogram angkat berat wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >