Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbang gol lawan Chelsea, Haaland raih banyak pujian

Aug 19, 2024 | 2:27 PM
Rico Lewis (kiri), Erling Haaland (tengah) and Phil Foden (kanan) selepas menang melawan Chelsea 2-0 pada 18 Ogos di Stamford Bridge, London.
Rico Lewis (kiri), Erling Haaland (tengah) and Phil Foden (kanan) selepas menang melawan Chelsea 2-0 pada 18 Ogos di Stamford Bridge, London. - Foto EPA-EFE

Erling Haaland meraikan penampilan ke-100 bersama Manchester City dengan menyumbang gol ke-91nya untuk kelab yang beliau wakili sejak 2022.

Gol yang pemain itu sumbang semasa pertandingan pertama City pada musim terbaru Liga Perdana England (EPL) semasa menentang Chelsea pada 18 Ogos lalu menambahkan jumlah golnya hingga mendapat pujian daripada jurulatih, Pep Guardiola.

“Ini adalah rekod seperti Messi dan Cristiano Ronalda,” kata Guardiola.

“Mereka menguasai dekad mereka dan sepanjang 15 tahun lalu. Saya tidak tahu bagaimana Haaland melakukannya, tetapi menyumbang 91 gol dalam 100 pertandingan di liga perdana negara ini sangat sukar dipercayai.”

Berikut adalah catatan rekod Haaland sejak pindah dari Borussia Dortmund ke Manchester City pada musim panas 2022.

Haaland telah menjaringkan 64 gol dalam 67 penampilan EPL. Tiada pemain yang menjaringkan lebih banyak gol sejak penampilan sulungnya di Liga Perdana. Mohamed Salah mempunyai jaringan terbanyak seterusnya pada masa itu dengan 38 gol dalam 71 perlawanan.

Haaland mempunyai nisbah minit setiap gol terbaik dalam sejarah liga perdana (minimum 20 gol). Dia telah menjaringkan gol setiap 85 minit. Sergio Aguero mempunyai rekod terbaik seterusnya dengan jaringan setiap 108 minit.

Pada musim pertamanya di City, Haaland menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan dalam semua pertandingan, satu rekod bagi pemain City.

Jaringan 36 gol liga Haaland pada musim pertamanya membawanya melepasi rekod lama bersama Alan Shearer dan Andrew Cole, yang menjaringkan 34 gol dalam tiga musim pertama Liga Perdana.

Haaland hanya mengambil 48 perlawanan untuk menjaringkan 50 gol Liga Perdana, 17 perlawanan kurang daripada pemegang rekod sebelumnya, Cole.

Musim ini Haaland boleh memenangi Kasut Emas Liga Perdana kali ketiga berturut-turut. Thierry Henry adalah pemain terakhir yang memenangi tiga kemenangan berturut-turut pada 2004.

Memberi ulasan di Sky Sports, bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge, menyifatkan rekod jaringan Haaland sebagai “tidak masuk akal”.

“Dia begitu taksub dalam hal menjaringkan gol. Dia memiliki potensi itu dalam dirinya, dia tidak hanya akan sekadar penjadi penjaring gol sahaja,” kata Sturridge.

“Apabila anda memainkan Haaland, dia akan menunjukkan kebolehannya, tetapi anda tidak hanya sekadar melihat kemahirannya saja. Ada sesuatu yang lebih besar daripada itu yang tidak dapat dilihat dengan mata. 91 gol, ia luar biasa, tidak masuk akal.”

Bekas pemain tengah Liverpool Jamie Redknapp berkata Haaland telah “membawa penyerang kembali menjadi tumpuan utama”.

Beliau berkata: “Mana-mana kanak-kanak menonton akan mahu menjadi penyerang.

“Ramai pengurus mahu mencontohinya dan mereka melihat kejayaan Manchester City dan mereka semua mahukan nombor sembilan seperti itu.”

Bekas pertahanan City, Micah Richards, berkata: “Dia perlu menyesuaikan permainannya kerana City sentiasa menguasai bola.

“Dia perlu menyesuaikan permainannya di dalam kotak dan itulah yang patut dipuji. Dia sentiasa melakukan larian untuk mencipta ruang.”

Haaland mempamerkan kecekapan tajamnya menentang Chelsea dengan menjaringkan gol dengan hanya satu daripada lima sentuhan pada separuh masa pertama.

Tetapi di sebalik rekod golnya yang hebat, pemain berusia 24 tahun itu mahu berusaha mencapai tahap lebih tinggi.

“Saya mahu membantu pasukan dan membuat pasukan bekerja dan mendapatkan pemain lain di kedudukan yang lebih baik,” katanya kepada Sky Sports.

“Untuk mendapatkan ruang tambahan untuk Bernardo Silva, nombor 10, jika saya boleh menjarakkan bek tengah untuk mendapatkan ruang tambahan, saya akan melakukannya. Ia sukar tetapi ya.

“Saya mahu terlibat dengan lebih banyak, itulah yang Pep [Guardiola] mahukan. Tetapi dalam perlawanan seperti ini, adakah saya perlu lebih terlibat? Itulah soalan jutaan dolar. Saya mahu mendapatkan lebih banyak bantuan dan menjadi pemain lebih baik. “

Kemenangan pada 18 Ogos di Stamford Bridge menjadi lebih manis buat Haaland selepas komen Marc Cucurella, pemain pertahanan Chelsea.

Pemain pertahanan Sepanyol itu dilihat dalam satu video berkata, “Haaland, lebih baik anda gementar kerana Cucurella akan datang” semasa meraikan kejayaan negaranya di Euro 2024.

Hanya mengambil masa 18 minit untuk Haaland bertindak balas, mengabaikan perhatian Cucurella sebelum menjaringkan bola melepasi penjaga gol Chelsea Robert Sanchez untuk gol pembukaan.

Dan untuk memburukkan keadaan, Cucurella terpincang-pincang akibat kecederaan pada separuh masa kedua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg