Topic followed successfully
Go to BHkuTampines rebut tempat ACL2, tewaskan Sailors 3-2 dalam perlawanan terakhir musim
Tampines rebut tempat ACL2, tewaskan Sailors 3-2 dalam perlawanan terakhir musim
Lion City Sailors juara SPL dua musim berturut-turut
May 17, 2026 | 9:53 PM
Tampines rebut tempat ACL2, tewaskan Sailors 3-2 dalam perlawanan terakhir musim
BG Tampines Rovers menewaskan Lion City Sailors 3-2 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Singapura (SPL) di Our Tampines Hub pada 17 Mei untuk menempah tiket ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2026/27 - Foto ST
Tatkala peluangnya meraih tiket terakhir ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2026/27 berada di hujung tanduk pada hari terakhir Liga Perdana Singapura (SPL), BG Tampines Rovers tenang menyahut cabaran dengan aksi luar biasa.
Pasukan bergelar The Stags itu hanya memerlukan keputusan seri untuk melayakkan diri ke pertandingan kelab kedua tertinggi di Asia itu, tetapi ia berjaya menjaringkan tiga gol dan bertahan dengan hanya 10 pemain dalam suku terakhir perlawanan untuk menumbangkan juara SPL, Lion City Sailors, 3-2 di Our Tampines Hub pada 17 Mei.
Laporan berkaitan
Sailors kekal juara: Siapa mampu gugat dominasi mereka?May 5, 2026 | 5:30 AM
