Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tampines Rovers julang Piala Singapura

Nov 03, 2019 | 11:52 AM



KEKAL tenang kunci kemenangan Tampines Rovers ke atas Warriors FC dalam perlawanan akhir Piala Singapura Komoco Motors yang mendebarkan dengan tujuh gol membolosi gawang.



The Stags (gelaran pasukan Tampines) menang 4-3 di depan 2,952 penyokong di Stadium Jalan Besar malam ini (2 November) untuk menjulang Piala Singapura keempat mereka, yang pertama sejak 2006.



Mereka juga merupakan pasukan tempatan pertama merangkul kejuaraan sejak Balestier Khalsa pada 2014 - pasukan Jepun Albirex Niigata menyapu takhta itu selama empat tahun berturut-turut pada 2015 hingga 2018. 



Kejuaraan itu memberikan jurulatih Tampines Gavin Lee trofi sulungnya dalam tahun pertama menggendalikan pasukan itu.



Lee, 29 tahun, berkata:



“Keupayaan untuk kekal tenang adalah kekuatan pasukan kami. Kami boleh sahaja hilang tenang selepas membolosi dua gol (pertama).



“Tetapi syabas kepada pemain, mereka pernah berada dalam keadaan ini dalam musim ini, kami kekal tenang dan lakukan apa yang perlu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >