Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tampines Rovers tundukkan BG Pathum United 2-1

Oct 2, 2025 | 10:07 PM
Trent Buhagiar muncul wira Tampines Rovers apabila berjaya meraih gol pertama pasukannya dalam kemenangan 2-1 ke atas BG Pathum United dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Bishan Stadium pada 2 Oktober.
Trent Buhagiar muncul wira Tampines Rovers apabila berjaya meraih gol pertama pasukannya dalam kemenangan 2-1 ke atas BG Pathum United dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Bishan Stadium pada 2 Oktober. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Tampines Rovers terus menunjukkan ‘taring’ selepas menewaskan kelab gergasi Thailand, BG Pathum United 2-1 dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Bishan Stadium pada 2 Oktober.

Jaringan gol oleh Trent Buhagiar dan Hide Higashikawa, serta aksi hebat oleh penjaga gawang, Syazwan Buhari, menetapkan kemenangan kedua Tampines berturut-turut dalam kempen ACL2 ini.

BG Pathum mengancam benteng Tampines dari awal perlawanan dan berjaya menghasilkan beberapa hantaran silang dan percubaan berisiko.

Namun, percubaan mereka tidak menemui sasaran, hasil benteng Tampines yang cekap menghalangnya.

Glenn Kweh hampir memberi Tampines kelebihan pada minit ke-19, namun percubaannya digagalkan penjaga gawang, Slavisa Bogdanovic.

Pada minit ke-34, rembatan Ekanit Panya hampir memberi BG Pathum pendahuluan, namun penjaga gawang Tampines, Syazwan, menunjukkan kehebatannya dengan menyelamatkan percubaan itu.

Pemain tonggak Tampines, Buhagiar, akhirnya menggempur pagar benteng BG Pathum pada minit ke-42 untuk memberi Tampines pendahuluan 1-0.

Hantaran silang oleh Kohya Kazama ditemui oleh Buhagiar, yang menjunam untuk menanduk bola ke dalam gawang.

Tampines terus memburu gol seterusnya, dengan Hide hampir menggandakan pendahuluan Tampines sebelum tamat separuh masa pertama.

Hide mampu menghantar bola ke Glenn untuk menjaringkan gol mudah tetapi membuat percubaan yang tidak tepat.

Separuh masa pertama berakhir dengan Tampines yang berada di hadapan dengan mata 1-0.

BG Pathum membawa masuk beberapa pemain ganti, termasuk Chanathip Songkrasin, untuk cuba menyuntik semangat dan meningkatkan tahap serangan.

Separuh masa kedua bermula dan kelab Thailand itu mengancam benteng Tampines berterusan dengan beberapa hantaran silang tepat, namun masih gagal menyamakan kedudukan.

Tampines memanfaatkan tendangan bebas dari kanan luar kotak penalti pada minit ke-57.

Hide menemui hantaran tepat oleh Kohya lalu menjaringkan gol kedua.

Dengan segara, Chanathip cuba membalas dengan rembatan hebat dari luar kotak penalti, tetapi masih gagal untuk mengatasi Syazwan.

Sepanjang separuh masa kedua, kapten Syazwan mempertahankan kedudukan Tampines.

Chanathip akhirnya mengatasi Syazwan pada minit ke-86 dengan rembatan tepat dari luar kotak penalti.

Namun, BG Pathum terpaksa menerima hakikat kekalahan berturut-turut dalam kempen ACL2 mereka.

Dengan kemenangan 2-1 itu, Tampines mengumpul enam mata selepas dua perlawanan tanpa kekalahan.

Tampines akan kembali ke Bishan Stadium pada 23 Oktober untuk menentang kelab Korea Selatan Pohang Steelers, yang berkedudukan tempat kedua dalam kumpulan mereka, dalam perlawanan ACL2 seterusnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg