Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tawaran Peter Lim untuk beli Valencia ditolak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Tawaran Peter Lim untuk beli Valencia ditolak

Jan 24, 2014 | 04:18 PM

IMPIAN taikun, Encik Peter Lim, mahu memiliki sebuah kelab bolasepak gagal untuk kali kedua selepas tawaran beliau untuk membeli kelab La Liga, Valencia, ditolak oleh pasukan kreditor Bankia.

Media Sepanyol melaporkan jutawan Singapura itu tidak lagi bersaing untuk mengambil-alih kelab itu kerana beliau tidak menyerahkan sebarang dokumentasi yang memenuhi salah satu daripada 14 keperluan usaha wajar yang disenaraikan oleh firma rundingcara KPMG.

Bankia tidak menamakan pesaing-pesaing Encik Lim tetapi ia dipercayai merupakan firma pelaburan ekuiti swasta Amerika, TPG Capital dan Qatar Investment Authority (QIA).

Encik Lim, 60 tahun, telah menawarkan untuk membayar semua hutang Valencia sebanyak 306 juta euro (S$530 juta) secara tunai kepada bank Sepenyol Bankia dan lagi 50 juta euro untuk membeli pemain.

Sebelum ini, beliau gagal membeli kelab Liga Perdana England (EPL) Liverpool pada 2010.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3