KETIKA berlatih di padang, mereka salin tak tumpah seperti pemain bola sepak Melayu lain, tetapi apabila dilihat senarai, nama Darren Teh Ting Wei dan Jeremy Lam Tuck Jun jelas mendedahkan identiti mereka.
Namun, perbezaan nama dan bangsa tidak menghalang kededua Teh dan Lam, dua pemain Bawah 18 Tahun daripada Akademi Bola Sepak Nasional (NFA), tampil secara sukarela menghulurkan tenaga membantu perjuangan pasukan bola sepak Melayu Singapura dalam pertandingan GT Radial Piala Emas Raja-Raja tahun ini.