Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tekanan terhadap Pochettino reda lepas Chelsea menang

Mar 12, 2024 | 11:01 AM



LONDON: Tekanan yang dirasakan pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, reda sedikit menyusuli kemenangan pasukannya ke atas Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada awal 12 Mac.


Kemenangan 3-2 itu meletakkan Chelsea di tangga ke-11 liga dengan 39 mata selepas 27 perlawanan.

Newcastle pula di tangga ke-10 dengan 40 mata selepas 28 perlawanan.

Dalam perlawanan di Stamford Bridge itu, tuan rumah Chelsea mendahului pada minit keenam menerusi Nicolas Jackson, sebelum Newcastle menyamakan kedudukan pada minit ke-43.

Chelsea, yang mendapat dorongan kuat penyokongnya, mendahului sekali lagi pada minit ke-57 hasil jaringan pemain terhandal mereka, Cole Palmer, yang kini menjadi calon untuk ke pertandingan Euros pada 2024 bersama pasukan antarabangsa England.

Pemain gantian Chelsea, Mykhailo Mudryk, kemudian menjadikan kedudukan 3-1 apabila pemain asal Ukraine itu menggelecek bola melepasi pertahanan Newcastle dan menjaringkan gol.

Satu rembatan kencang Jacob Murphy menghasilkan gol pemain Newcastle, sekali gus memberi pasukan pelawat itu harapan pada minit ke-90.

Namun Chelsea mengekalkan kawalan dan rentak permainan hingga wisel penamat ditiup.

Jika memenangi satu perlawanan yang berada dalam tangan mereka, Chelsea akan melompat ke tangga kelapan dan masih berpeluang layak ke Liga Europa atau Liga Conference Europa.

Kedua-duanya, Chelsea dan Newcastle, sejauh ini tidak dapat memenuhi harapan pemilik mereka, yang mempunyai dana yang besar, berdasarkan keputusan dan kedudukan mereka dalam EPL.

Pochettino berdepan pemberontakan terbuka dalam kalangan penyokong Chelsea sendiri semasa seri 2-2 di Brentford pada 2 Mac.

Beliau juga mengalami musim pertama yang sukar di Stamford Bridge, termasuk tewas dalam perlawanan akhir Piala Liga kepada pasukan Liverpool yang ditimpa kecederaan dan menurunkan ramai pemain muda pada Februari.

Namun Pochettino mampu menarik nafas lega selepas keputusan terkini itu.

“Kami bermain sebagai sebuah pasukan yang handal dengan para pemain bertindak baik. Dan perlawanan agak sengit.

“Tetapi kami tetap menang, dan kami menantikan apa yang akan berlaku sedang kami maju. Yang penting, kami dapat tiga mata.

“Kami sedang membangunkan sesuatu yang berbeza dan kami perlu terima apa yang berlaku,” katanya.

Pochettino juga menggesa penyokong Chelsea supaya yakin kepada pemainnya.

“Kami perlu kekal bersatu.

“Kami akan berjuang hingga ke akhir untuk cuba memberi penyokong kami keputusan terbaik.

“Ia sedikit sebanyak membantu hari ini apabila kami menjaringkan gol dari awal, peminat bagus dan menyokong kami. Mereka (peminat) perlu mempercayai kami,” tambah Pochettino.

Harapan Chelsea kini terletak pada Piala FA dan mereka mempunyai perlawanan suku akhir menentang Leicester City di padang sendiri pada 17 Mac.

Newcastle pula perlu kembali bersemangat dalam suku akhir Piala FA untuk menentang pencabar kuat, Manchester City, pada 16 Mac.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe, melahirkan rasa kurang senangnya apabila bahagian pertahanan pasukannya gagal bermain dengan baik.

“Saya fikir kami bermain dengan baik, namun sebagai pasukan kami tidak boleh melepaskan bola begitu sahaja jika hendak menang,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >