Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Teknologi video penolong pengadil digunakan musim 2023

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



PERISAI Masyarakat 2023 adalah perlawanan rasmi pertama di Singapura untuk melaksanakan video penolong pengadil (VAR).



Beginilah cara VAR akan digunakan dalam bola sepak Singapura:



  • Musim ini, teknologi VAR akan menggunakan tujuh kamera di semua lima stadium SPL, tiga lebih daripada keperluan minimum Fifa iaitu empat kamera.

  • Satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang - pengendali ulangan rakaman, VAR dan pembantu VAR - akan memaklumkan pengadil perlawanan tentang insiden di padang yang mungkin perlu disemak.

  • Mengikut peraturan Fifa, VAR hanya boleh campur tangan dalam empat aspek utama: gol, penalti, kad merah langsung dan kes kesilapan identiti.

  • Bagi setiap perlawanan SPL, empat pegawai akan berada di tempat perlawanan, manakala pasukan VAR akan berpangkalan di bilik operasi video di Stadium Jalan Besar. Siaran langsung perlawanan dan komunikasi akan disalurkan dari tempat perlawanan kepada pasukan VAR.

  • Untuk memastikan kebolehpercayaan dan mengehadkan gangguan, FAS akan membeli talian komunikasi dalaman khusus untuk semua stadium SPL dan dua bilik operasi video di Jalan Besar. Ini termasuk laman sendiri Brunei DPMM, Stadium Nasional Hasanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan, yang sedang menjalani kerja-kerja peningkatan sehingga Mei.

  • Bagi musim 2023, walaupun keputusan ofsaid yang salah masih boleh diperbetulkan oleh VAR, SPL tidak akan mempunyai garisan ofsaid maya - teknologi berasingan yang memberikan penonton imej yang jelas dengan garisan yang dilukis untuk keputusan ofsaid yang sukar dinilai - atau teknologi garisan gol.

  • Terdapat rancangan untuk melaksanakan garisan ofsaid maya pada masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >