Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Temasya Sukan Komanwel berakhir?

Langkah Australia tarik diri seakan menamatkan riwayat temasya sukan yang menyatukan negara-negara bekas jajahan Britain
Jul 24, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: Lima belas bulan yang lalu, Encik Daniel Andrews, dengan bangganya melangkah masuk ke stadium serantau Australia dan mengumumkan Victoria akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 - menjanjikan “perlawanan yang tiada tandingannya”.

Namun, baru-baru ini Perdana Menteri negeri Victoria, Encik Dan Andrews - dengan wajah yang muram - mengumumkan kepada pihak media bahawa wilayah Australia itu tidak akan meneruskan rancangan untuk menganjurkan temasya sukan yang diadakan empat tahun sekali itu.

Jelas pengumuman tersebut mendatangkan banyak tanda-tanya seperti sama ada Sukan Komanwel masih mempunyai masa depan.

Selepas mengharungi beberapa tahun yang sukar bagi pihak penganjur, pengamat sukan berkata ini mungkin tanda-tanda terakhir.

“Ini mungkin menandakan berakhirnya Sukan Komanwel,” kata Dr Steve Georgakis, pensyarah pengajian sukan di Universiti Sydney.

Ahli sejarah sukan Australia Dr Matthew Klugman turut bersependapat dengan berkata: “Loceng maut telah berbunyi menandakan pengakhiran sukan ini.”

Mencari tuan rumah bagi temasya Sukan Komanwel 2026 merupakan suatu perkara yang sukar.

Badan pentadbir global Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), pada asalnya berhasrat untuk menamakan sebuah bandar pada 2019, namun kebanyakan negara yang membuat bidaan menarik diri, terutamanya disebabkan oleh kebimbangan perbelanjaan untuk menganjurkan acara sukan itu.

Ini juga menyebabkan pihak penganjur gagal mendapatkan tuan rumah baru sehingga tiga tahun kemudian.

Encik Andrews, berkata penganjur telah mendekati kerajaannya, dan pada mulanya mereka “gembira membantu”.

“Namun tanpa sebarang bayaran,” katanya pada sidang media pada Selasa (18 Julai).

Acara itu sepatutnya menjadi perangsang besar bagi bandar serantau yang menganjurkannya.

Namun begitu, perbelanjaan yang diperlukan untuk menganjurkan temasya sukan 12 hari itu telah meningkat kepada lebih A$6 bilion ($5.4 bilion), kata Encik Andrews.

“Saya telah membuat banyak keputusan yang sukar dalam tugas ini. Ini bukan salah satu daripadanya,” katanya kepada wartawan.

CGF berkata mereka tidak sangka Victoria akan mengambil keputusan sebegitu, dan mempertikaikan anggaran kos yang diberikan untuk menganjurkan sukan itu.

“Kami sedang mengumpul nasihat mengenai pilihan yang tersedia untuk kami dan terus komited untuk mencari penyelesaian bagi Sukan Komanwel pada 2026 demi kepentingan terbaik atlet kami dan pergerakan Sukan Komanwel yang lebih luas,” kata CGF dalam satu kenyataan.

Pengamat sukan berkata imej global pertandingan itu dan persepsi terhadap kerelevenan sukan itu semakin berkurangan.

Pertama, acara itu tidak lagi menarik kuasa bintang yang sama seperti dahulu.

Tahun lalu beberapa nama terkemuka telah memilih untuk tidak bertanding dalam Sukan Komanwel, termasuk juara terjun bebas Britain, Tom Daley, atlet renang Australia Cate Campbell, dan bintang trek Andre de Grasse, Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Shericka Jackson.

“Terdapat minat yang jauh lebih rendah berbanding dahulu,” kata Dr Klugman.

“Ia bukan lagi menjadi satu fenomena seperti yang berlaku pada tahun 1990-an. Ia mencerminkan dunia yang berubah.”

Sebahagian daripada dunia yang berubah itu ialah sikap tidak mengambil peduli yang semakin meningkat terhadap tujuan asal Sukan tersebut dianjurkan.







Dikenali sebagai Sukan Empayar apabila mereka dimulakan pada 1930, pertandingan itu menjadi sebuah acara bagi menyatukan tanah jajahan Britain, kata ahli sejarah.

Namun semakin banyak bekas tanah jajahan menjauhkan diri mereka dari Britain, dengan ada di antara mereka yang sudahpun menjadi sebuah republik atau, seperti Australia, sedang mempertimbangkan perkara itu.

“Australia pada 1938 sangat berbeza dengan Australia pada 2023,” kata Dr Georgakis.

“Sukar untuk mendapatkan orang yang bukan dari latar belakang British menggarap konsep ini untuk menyatukan Australia dengan negara induk dan bekas jajahan lain.”

CGF tahu bahawa ia sedang berjuang untuk kelangsungan temasya sukan itu.

Presidennya, Dame Louise Martin, pada 2018 berkata ia sedang menghadapi “krisis kewujudan”.

Ketika membentangkan pelan strategik yang meliputi sedekad yang akan datang, organisasi itu turut berkata:

“Tidak ada cara mudah untuk mengatakan Komanwel mempunyai sejarah yang mencabar yang dikaitkan dengan sejarah kolonialnya.”

Ramai atlet telah meluahkan kekecewaan yang mendalam terhadap keputusan itu.

Atlet perlumbaan berjalan (racewalking) Jemima Montag berkata ia telah merampas peluangnya untuk memenangi pingat emas ketiga di hadapan penonton tuan rumah.

Dan perenang Australia Rowan Crothers menegaskan pembatalan itu suatu yang amat mengecewakan bagi orang kurang upaya.

Sukan Komanwel adalah satu-satunya pertandingan antarabangsa utama yang menampilkan atlet kurang upaya bersama-sama atlet yang berupaya.

“Ianya peluang yang baik untuk meningkatkan kesedaran untuk sukan orang kurang upaya. Melihat Sukan ini dibatalkan menjadi hambatan bagi meningkatkan kesedaran terhadap inklusiviti,” tulisnya di Twitter.

“Bagi sesetengah atlet, pingat emas di Sukan Komanwel bermakna lebih daripada pingat emas di Paralimpik...pengiktirafan dan kesaksamaan lebih bermakna daripada mengecap pencapaian.” - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >