Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mantan ahli gimnastik negara jadi pengadil di pertandingan antarabangsa

Jun 20, 2023 | 03:58 PM



Mantan ahli gimnastik nasional, Hoe Wah Toon dan Lim Heem Wei, sudah biasa bertanding di persada antarabangsa, seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel and Sukan Asia.

Mereka juga terlibat di Kejohanan Gimnastik Artistik Asia, yang berlangsung dari 15 hingga 18 Jun di Arena OCBC. Tetapi kali ini, mereka tidak bertanding. Malah, mereka merupakan sebahagian daripada panel pengadil.

Selain Kejohanan Gimnastik Artistik Asia, beberapa pertandingan lain yang telah mereka sertai sebagai pengadil termasuk Piala Dunia gimnastik dan Sukan SEA. Mereka juga akan mengadil di Sukan Asia, yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober di China.

Hoe dan Lim, berusia 34 tahun, mengadil secara sukarela. Mereka berdua mempunyai kerja sepenuh masa – Hoe adalah doktor gigi manakala Lim adalah jurulatih di Gimnastik Singapura.

Bagi Hoe, yang mula mengadil di pertandingan antarabangsa pada 2019, menjadi seorang pengadil adalah satu cara untuk menyumbang kembali kepada sukan itu.

“Kami telah mendedikasikan begitu banyak tahun kepada sukan ini, jadi sayanglah jika kami meninggalkannya sepenuhnya. Ia juga satu cara untuk bertemu rakan lama,” kata Hoe, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel 2014.

Bagi Lim pula, tugasnya sebagai pengadil dekad lalu telah memberikannya pemahaman yang lebih holistik tentang sukan itu, yang telah membantunya berkembang sebagai jurulatih juga.

“Sebagai ahli gimnastik, anda hanya berlatih. Jadi ia lebih kepada fizikal dan bukan strategi. Tetapi, menjadi pengadil telah membantu saya sebagai jurulatih.

“Ia membantu saya memahami hala tuju yang harus saya ambil ketika melatih gimnas perempuan pada usia muda.

“Perkara yang pengadil perhatikan tidak boleh diperbaiki dalam satu atau dua hari, ia perlu dilakukan selama bertahun–tahun dan bermula pada usia muda,” kata Lim, yang pernah bertanding di Olimpik London 2012 selepas menjadi gimnas Singapura pertama yang layak ke Sukan Olimpik.

Lim, yang pernah merangkul pingat perak pada Sukan Komanwel 2010, menambah bahawa pengetahuannya tentang cara pemotongan mata telah mempengaruhi cara beliau menjalankan latihan.

Daripada menumpukan fokus terhadap kekuatan sahaja, beliau juga menggabungkan balet, yang memfokuskan pada gerak kaki dan postur seseorang. Mempunyai asas balet yang baik boleh membantu gimnas mengimbangi diri ketika berada di atas rasuk dan palang.

Lim dan beberapa pengadil lain juga terlibat dalam mengembangkan dan membangunkan rangkaian pengadil di Singapura melalui inisiatif seperti kursus dan bengkel. Pada masa ini, terdapat 10 pengadil antarabangsa di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >