Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ten Hag adakan perbincangan ‘sangat positif’ bersama pemilik baru United

Jan 5, 2024 | 11:34 AM
TERLALU AWAL: Erik ten Hag berkata adalah terlalu awal untuk sesiapa sahaja membuat keputusan penting di Manchester United kerana Jim Ratcliffe dan kakitangannya baru tiba.
TERLALU AWAL: Erik ten Hag berkata adalah terlalu awal untuk sesiapa sahaja membuat keputusan penting di Manchester United kerana Jim Ratcliffe dan kakitangannya baru tiba. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Erik ten Hag berkata beliau telah mengadakan beberapa mesyuarat “sangat positif” bersama pelabur baru Manchester United, Ineos.

Pengurus United itu telah berjumpa Jim Ratcliffe di padang latihan United pada 2 Januari.

Sejak pengumuman pembelian 25 peratus saham United oleh Ratcliffe pada malam Krismas, ten Hag berkata beliau telah menghabiskan “banyak masa” bersama Ratcliffe dan wakil Ineos, Dave Brailsford dan John-Claude Blanc.

Pembelian itu akan ditetapkan secara rasmi oleh Liga Perdana England (EPL) dalam masa enam hingga lapan minggu.

“Ia sangat positif,” kata ten Hag.

“Kami mengadakan mesyuarat panjang, kami duduk bersama beberapa jam, kami mempunyai pandangan sama mengenai beberapa isu. Ia mesyuarat bermanfaat dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka,” tambah beliau.

Ineos dijangka membuat perubahan drastik ke atas struktur United, walaupun peraturan pemasaran mengelakkan mereka daripada melakukannya sekarang.

ten Hag berkata adalah terlalu awal untuk sesiapa membuat keputusan penting kerana Ratcliffe dan kakitangannya hanya tiba di United pada 2 Januari dan menghabiskan masa di Old Trafford pada 4 Januari untuk mengenali kakitangan United serta memahami bagaimana United berfungsi.

“Kami perlu memberi mereka masa untuk menyesuaikan diri dahulu,” ujar ten Hag.

“Mereka baru tiba dan mengenalkan diri mereka. Mereka mempunyai idea baik, jadi kami perlu lihat apa yang boleh digunakan. Kami akan bekerjasama tetapi sukar untuk membuat keputusan hanya selepas sehari.

“Kami telah pun berbincang tentang perancangan kami dan saya rasa kami akan bekerjasama,” tambah beliau.

ten Hag juga mengesahkan bahawa penjaga gawangnya, Andre Onana, bersedia bagi perlawanan menentang Wigan pada 9 Januari dalam Piala FA.

Namun, perbincangan bersama Persekutuan Cameroon mengenai Onana menyertai perlawanan EPL menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford pada 15 Januari masih sedang berlangsung.

Perlawanan pembukaan Cameroon menentang Guinea bagi Piala Negara Afrika (Afcon) akan berlangsung hanya 24 jam kemudian, pada 16 Januari.

United sanggup menyediakan kapal terbang peribadi untuk memastikan Onana dapat menyertai perlawanan tersebut di Yamoussoukro.

Bagaimanapun, pengurus West Ham, David Moyes, menyoal tentang betapa beliau terpaksa bermain tanpa dua pemainnya dalam perlawanan menentang Brighton (yang berakhir 0-0) disebabkan komitmen Afcon mereka, manakala pasukan lain mempunyai pilihan untuk menurunkan pemain Afcon mereka. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg