Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ten Hag salahkan diri sendiri United seri walau dahului Galatasaray dengan dua gol

Seri 3-3 sukarkan peluang Man U mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara
Nov 30, 2023 | 11:29 AM



ISTANBUL: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, berkata beliau bertanggungjawab bagi kecenderungan pasukannya untuk kalah atau seri walaupun mereka sedang mendahului pasukan lawan.


United mendahului dengan dua gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Galatasaray pada awal Khamis, tetapi akhirnya hanya mampu seri 3-3 dengan pasukan dari Turkey itu.

Ini bermakna United berada di tangga terbawah Kumpulan A dan peluang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir tidak berada dalam kawalan mereka.

Apabila ditanya media siapa harus dipersalahkan, ten Hag menjawab: “Selalunya saya.”

Sudah lima kali United mensia-sia peluang mereka setelah mendahului lawannya musim ini, termasuk dalam dua perlawanan yang mereka mendahului dengan dua gol.

“Saya bertanggungjawab bagi semua ini. Kami tahu kami sedang berusaha. Kami sedang membuat kemajuan, jadi ada harapan tinggi,” tambah ten Hag.

“Kami sedang bergerak ke arah yang betul jadi saya tahu kami akan berjaya pada jangka panjang, tapi jika anda ingin kekal dalam Liga Juara-Juara anda perlu menang perlawanan-perlawanan ini.

“Kami sedang mendahului tapi kemudian kami melepaskan peluang itu. Kami sepatutnya mendapat tiga mata, ini jelas. Kami melakukan yang sama dalam perlawanan lain.

“Saya gembira dengan cara kami bermain namun pada masa yang sama, saya perlu mengkritik pasukan ini kerana pertahanannya kurang baik.

“Kami sedang mendahului 3-1 dan kami tidak mampu membuat kesilapan kerana ia boleh menyebabkan perbezaan pada keputusan perlawanan,” kata ten Hag.

Kesilapan oleh penjaga gawang Andre Onana memberi tali penyelamat kepada Galatasaray tetapi meletak United di tangga terbawah kumpulan mereka sebelum perlawanan terakhir mereka menentang Bayern Munich.

United perlu menewaskan Bayern dan berharap Copenhagen seri dengan Galasaray pada Disember untuk mencerahkan peluang mereka mara ke peringkat selanjutnya.

Kapten United, Bruno Fernandes, berkata: “Kami perlu faham bahawa dalam perlawanan dan peringkat sebegini, kami perlu cukup bijak dan menangani perlawanan dengan lebih baik.

“Kami sedang mendahului perlawanan sebanyak dua kali dan mempunyai banyak peluang untuk membawa pulang tiga mata. Kami tidak cukup cekap.

“Apa yang telah kami lakukan dalam Liga Juara-Juara tidak mencukupi. Ini bukan perlawanan pertama yang kami alami keadaan serupa. Kami perlu memanfaatkan peluang menang.”

Dalam perlawanan menentang Galatasaray, United mempunyai 17 tendangan ke arah gawang, termasuk 10 dari dalam petak penalti dan empat tepat pada sasaran.

Namun kesilapan oleh Onana – melepaskan dua sepakan bebas Hakim Ziyech dari tangkapannya – membolehkan Galatasaray bangkit dengan penuh bersemangat dan jaringan oleh pemain gantian Kerem Akturkoglu menyamakan kedudukan 3-3 dengan perlawanan berbaki 19 minit. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >