Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ten Hag senasib Van Gaal, Mourinho dan Solskjaer

MANCHESTER UNITED KIAN MEROSOT...
Nov 06, 2023 | 05:31 AM



MANCHESTER: Ketika beliau memikirkan isu sukar mengenai mengapa Manchester City lebih baik daripada Manchester United, Pep Guardiola dilihat berhati-hati dalam ulasannya, demi menghormati dan melindungi rakan pengurus, Erik ten Hag.


Namun, dalam bercakap mengenai kelabnya sendiri, Guardiola tidak dapat tidak menyentuh juga tentang kelab tetangga terdekatnya.

“Saya telah berkata banyak kali kami berada di laluan yang sama – pengerusi, CEO (ketua pegawai eksekutif), pengurus sukan, pengurus dan pemain,” katanya.

“Sudah tentu, kami melakukan kesilapan tetapi apabila kami kalah atau perkara tidak berjalan dengan lancar, kami tidak berada di sini untuk menuduh seseorang. Kami hanya mahu lihat apa yang perlu dilaksanakan untuk menjadi lebih baik dan mencari penyelesaian.

“Dalam musim pertama saya, kami tidak menang. Saya tidak mendapati pengerusi saya mengadu. Beliau menyokong saya tanpa syarat.

“Apabila kami tewas final Liga Juara-Juara menentang Chelsea, saya sangat kecewa. Pengerusi saya berkata, ‘Ayuh, kita akan memenanginya, apa yang boleh kita lakukan seterusnya? Kita boleh’.

“Apabila ia berlaku, kami tidak terlalu teruja ketika kami menang dan apabila kami kalah, kami tidak dramatik. Sebab itu saya fikir kelab ini sangat stabil.”

Secara teori, ia kelihatan begitu mudah.

Bagaimanapun, di United, dengan ketidakpastian mengenai pemilikan, pertelingkahan secara awam antara pengurus dengan pemain, pergolakan penyokong dan persoalan mendapatkan pemain, menjadi stabil adalah status yang seolah-olah sukar untuk dicapai.

Justeru, seperti yang terjadi semasa tempoh pelantikan Louis van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer, kemajuan ketara yang dicapai dalam semusim di bawah ten Hag berisiko dihanyutkan oleh kemunduran dan persembahan hambar pada musim berikutnya.


RANGNICK BERITAHU UNITED APA YANG WAJAR DILAKUKAN

Pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara ketika Solskjaer dipecat pada November 2021 sebahagian besarnya kini dianggap ramai sebagai satu kesilapan.

Bagaimanapun, apabila warga Jerman itu tiba di Old Trafford, salah satu tarikan utama adalah pengetahuan mendalamnya yang diperolehi melalui tugasnya sebagai pengarah sukan dengan kumpulan Red Bull. 

Mesejnya adalah, kepakaran ini berpotensi tersedia untuk United selama dua tahun tambahan.

Rangnick membuat beberapa kesimpulan yang cukup jelas, penilaian awam pertamanya muncul pada Mac 2022, sejurus sebelum kekalahan 1-4 di Manchester City.

“Apa yang jelas adalah, bukan hanya dengan Manchester City malah dengan Liverpool, mereka mempunyai kesinambungan dan ketekalan dengan ketua jurulatih mereka, mempunyai identiti sangat jelas dan idea yang jernih tentang bagaimana mereka mahu bermain,” katanya.

“Idea ini adalah tajuk utama untuk segalanya yang berlaku di kelab. Ia adalah rahsia di sebalik kejayaan. Ada persamaan dalam kalangan semua kelab terkemuka di Eropah. Ia adalah sesuatu yang perlu dibangunkan dan diperbaiki oleh Manchester United dalam beberapa tahun mendatang.”

Bulan seterusnya, selepas kekalahan 0-4 di Liverpool, Rangnick sekali lagi mengemukakan pandangannya. 

“Anda tidak perlu cermin mata untuk melihat dan menganalisis di mana masalahnya.

“(Sebenarnya) tidak cukup dengan hanya melakukan beberapa pindaan kecil – perkara kosmetik. Dalam bidang perubatan anda akan mengatakan keadaan sebegini memerlukan pembedahan jantung secara terbuka.”

Masalahnya ialah, tidak semua orang di United bersetuju dengan pandangan Rangnick bahawa pembedahan sedemikian perlu dilakukan.

UNITED TUMPU PADA ‘PERJANJIAN MUDAH’


Sebaliknya, mereka berasa ten Hag boleh melakukan peningkatan yang diperlukan melalui pelan pengambilan pemain mereka sendiri. 

Mereka telah memberikan lebih £350 juta ($582 juta) untuk beliau melaksanakan pelan itu.

Tetapi, seperti yang diperhatikan sesetengah pihak, perekrutan Manchester United nampaknya tertumpu pada melakukan perjanjian ‘mudah’.

Ketibaan Casemiro dari Real Madrid pada musim panas lalu dengan bayaran awal £60 juta telah dipuji, tetapi wajar diingatkan pemain berusia 31 tahun itu bermula musim lalu di bangku simpanan Real.

Christian Eriksen juga tiba secara percuma, memilih untuk menyertai United berbanding menandatangani perjanjian lanjutan dengan Brentford.

Mereka juga membayar £13 juta untuk menandatangani Tyrell Malacia dengan kontrak empat tahun sebelum ini.

Akhirnya, pemain sayap Brazil, Antony, tiba pada hari terakhir jendela pemindahan untuk £82 juta, pembelian kedua terbesar dalam sejarah kelab.

Bolehkah perjanjian ini dianggap sebagai sukar?

Ia adalah sama dengan Rasmus Hojlund pada musim panas ini – harga £72 juta menandakan peningkatan lima kali ganda pada jumlah yang dibayar kepada Sturm Graz oleh Atalanta hanya 12 bulan sebelumnya.

United turut membayar Chelsea £55 juta untuk Mason Mount, yang enggan menandatangani lanjutan kontrak di Stamford Bridge, di mana kontraknya berbaki setahun.

Andre Onana menelan belanja £47.2m selepas ten Hag mengambil keputusan berani membuang David de Gea, dan percaya bahawa keupayaan unggul pemain antarabangsa Cameroon itu – iaitu selesa mengawal bola dengan kakinya – akan menjadi sesuatu yang positif.


DAPATKAH SIR JIM RATCLIFFE BUAT PERBEZAAN?

United kini dalam pencarian berterusan untuk “alternatif strategik”, yang dilancar pada 22 November 2022 dengan tujuan “meningkatkan pertumbuhan masa depan kelab, dengan matlamat utama adalah untuk membolehkan kelab memanfaatkan peluang di padang dan secara komersial”.

Berikutan penarikan diri Sheikh Jassim, yang bertegas pembelian 100 peratus United adalah yang terbaik untuk kelab itu, nampaknya pembida utama lain, Kumpulan Ineos pimpinan Sir Jim Ratcliffe, akan terlibat dengan kepentingan awal sebanyak 25 peratus.

Sir Ratcliffe akan memasuki kelab yang hutang keseluruhannya, termasuk yuran perpindahan tertunggak, mencecah lebih £1 bilion, dan untuknya mengawal semua hal sukan dalam perusahaan komersial sebesar United, dirasakan rumit.

Malah mereka yang rapat dengan Ratcliffe tertanya-tanya bagaimana seseorang seperti jutawan berusia 71 tahun itu akan bekerja bersama keluarga Glazer, yang telah memacu bahagian komersial kelab dan tidak takut untuk membuat keputusan yang menguntungkan mereka tanpa mengira apa pun kritikan luar yang timbul.

Jelas sekali, keseluruhan situasi ini jauh daripada gambaran tenang yang dilukis oleh Guardiola tentang kehidupan di bahagian biru Manchester.

Keputusan positif boleh menutup isu yang wujud. Tetapi mereka juga menjadikannya lebih mudah untuk ditangani, berbanding tumpuan yang tercetus oleh kekalahan dan persembahan hambar, di mana United dan ten Hag berada sekarang

Seawal 18 bulan lalu, Rangnick memberi jawapan dalam menghuraikan permasalahan United tetapi tiada siapa sudi mendengar. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >