Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ten Hag tetap yakin walau prestasi MU tidak konsisten

Pengurus ‘The Red Devils’ pertahan pasukan jelang pertemuan ‘hidup atau mati’ United menentang Bayern dalam Liga Juara-Juara
Dec 12, 2023 | 02:33 PM



MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay,menegaskan bahawa rakan-rakannya masih terus menyokong pengurus mereka, Erik ten Hag, sepenuhnya dan suasana antara pemain dengan pengurus kelab itu bukan ‘toksik’ seperti di bawah beberapa bekas pengurus terdahulu.


Beliau memberikan komen ini menjelang perlawanan ‘hidup atau mati’ United menentang Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford pada 12 Disember.

Penyingkiran awal daripada peringat kumpulan kejohanan elit Eropah ini tentu sekali akan menambahkan tekanan ke atas Ten Hag.

Masa depan United dalam Liga Juara-Juara musim ini bergantung pada keputusan perlawanan lain dalam kumpulannya.

Hanya kemenangan menentang juara Liga Jerman itu akan memberi peluang kepada United untuk mara ke pusingan 16 terakhir, namun mereka tetap memerlukan dua pasukan lain dalam Kumpulan A – FC Copenhagen dan Galatasaray – mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan mereka.

Ten Hag berkata bahawa musim United belum dianggap di ambang krisis selepas kemenangan mereka ke atas Chelsea pada 7 Disember.

Namun, kebangkitan pasukannya yang diharapkan, pudar selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth pada 9 Disember.

Anak didik Ten Hag kini menduduki tangga keenam dalam Liga Perdana England (EPL) selepas mengalami tujuh kekalahan dalam 16 perlawanan mereka sejauh ini.

Apabila ditanya tentang bagaimana kelab tersebut boleh menghentikan insiden pengurus dipecat di Old Trafford, McTominay berkata:

“Ia adalah tanggungjawab pemain. Kami semua sedar tentang perkara ini juga.

“Ini bukan seperti semasa pengurus lalu di mana keadaan boleh disifatkan sebagai toksik... (sebaliknya) para pemain (kini) memberikan sokongan penuh kepada pengurus.”

Minggu lalu, United telah melarang beberapa wartawan daripada menghadiri persidangan media kelab selepas mereka didakwa menerbitkan artikel “tanpa menghubungi pihak kelab terlebih dahulu untuk memberi komen dan konteks”.

Kebanyakan artikel tersebut menjurus pada pengurus pasukan yang didakwa gagal ‘mengawal’ beberapa pemainnya.

Apabila ditanya punca kegagalan pasukannya mengekalkan prestasi konsisten berbanding musim lepas – di mana United berjaya menduduki tangga ketiga EPL, memenangi Piala Liga dan bersaing hingga ke peringkat akhir Piala FA – Ten Hag berkata: “Kita mempunyai 11 pemain utama yang tetap, tidak begitu banyak perubahan. Terutamanya kepada barisan pertahanan. Itu membantu kita mengekalkan rentak.

“Kami bukan satu-satunya pasukan (yang tidak konsisten). Saya lihat pasukan lain dalam Liga Perdana yang juga tidak konsisten,” tambah beliau.

Hakikatnya, tiada pasukan lain yang dibolosi sebanyak 14 gol dalam lima perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara kecuali United.

Bayern mungkin sudah melayakkan diri mereka ke pusingan 16 pasukan terakhir sebagai juara kumpulan A tetapi mereka akan ingin membuktikan diri mereka selepas dikalahkan 5-1 oleh Eintracht Frankfurt dalam Bundesliga pada 9 Disember.

Kali terakhir Bayern kalah dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara ialah enam tahun lalu.

Namun Ten Hag, 53 tahun, tetap yakin dan berkata:

“Pasukan kami memberikan saya harapan. Kami tidak konsisten tetapi kami juga mempunyai prestasi dan persembahan yang baik. Apabila kami mendapatkan rentak permainan, kami mampu menewaskan mana-mana pasukan lawan.

“Perlawanan menentang Chelsea, Everton. Perlawanan menentang Galatasaray. Saya tahu bahawa pasukan ini boleh beraksi pada tahap yang tinggi,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >