Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

City mula pertingkat prestasi, tewaskan Luton 2-1

Dec 11, 2023 | 02:56 PM



LUTON (England): Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menggesa para pemainnya supaya membuktikan kemampuan sebenar mereka selepas pasukannya mula menunjukkan prestasi lebih positif dalam Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan 2-1 ke atas Luton.


Pasukan Guardiola hampir berdepan kekalahan liga berturut-turut buat kali pertama sejak Disember 2019 apabila Elijah Adebayo menjaringkan gol pendahuluan Luton pada separuh masa pertama.

Beliau menanduk bola masuk ke gawang City hasil hantaran Andros Townsend.

Sekitar 15 minit selepas separuh masa kedua bermula, pemain tengah City, Bernardo Silva memanfaatkan bola yang terlepas di kotak penalti Luton dan menyamakan kedudukan hasil jaringannya.

Tiga minit kemudian, City melengkapkan kebangkitan mereka apabila Jack Grealish berjaya menjaringkan gol hasil hantaran Julian Alvarez.

“Empat perlawanan kami tidak menang – kami tidak biasa dengan perkara ini,” kata Guardiola kepada media.


“Orang katakan bahawa City sudah tiada peluang (untuk memenangi EPL). Inilah cabaran yang kita hadapi. Kita harus buktikan mereka salah,” tambah beliau.

Kemenangan itu bermakna juara bertahan itu kekal di tempat keempat, empat mata di belakang Liverpool yang menduduki tangga teratas.

Luton pula berada di tangga ketiga terbawah dan kini dalam zon bahaya bersama Burnley dan Sheffield United.

City tiba ke perlawanan pada 10 Disember dengan rekod terpanjang tanpa kemenangan di bawah bimbingan Guardiola.

Pemain utama mereka, Rodri dan Grealish kembali selepas terlepas perlawanan menentang Aston Villa pada 7 Disember.

Namun, penjaring terbanyak mereka, Erling Haaland tidak bermain kerana mengalami kecederaan semasa latihan.

Pada separuh masa, City rasa terancam kerana mereka mungkin ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool jika mereka kalah.

Namun pada separuh masa kedua, walaupun tanpa Haaland, City berjaya bangkit untuk mendapatkan kemenangan.

Sebelum mereka berjaya menjaringkan gol, percubaan Rubern Dian terkena palang gol.

Apabila mereka berjaya mendahului, mereka berjaya mengawal Luton sehingga wisel penamat ditiup.

Kali terakhir pasukan itu memenangi perlawanan liga adalah semasa mereka menewaskan Bournemouth 6-1 pada 4 November.

“Cara mereka berlari, bertarung dan bertindak, saya rasa bangga,” kata Guardiola.

“Kami ketinggalan tujuh mata sebelum perlawanan. Sekarang hanya empat mata, rapat sedikit.

“Dalam pengalaman saya di negara ini, musim liga perdana agak lama, jadi ia belum berakhir untuk kami,” tambah beliau.

Luton telah berdepan dengan dua pasukan dengan kedudukan teratas liga perdana dalam tempoh lima hari dan telah mendahului dalam kededua perlawanan hanya untuk dikalahkan pada separuh masa kedua.

Luton juga bernasib baik tidak diturunkan kepada 10 pemain pada minit ke-70 apabila Jacob Brown mengasari Phil Foden.

Namun, susulan semakan video penolong pengadil (VAR), Jacob Brown tidak dihukum.

“Kami sebenarnya boleh bermain dengan baik,” kata pengurus Luton, Rob Edwards, kepada media. –Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >