Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Tenis: Murray rebut mahkota Wimbledon

Jul 11, 2016 | 07:58 AM

LONDON: Andy Murray merangkul kejuaraan tenis Wimbledon keduanya dengan kemenangan straight set ke atas Milos Raonic pada Ahad (10 Jul).

Pemain pilihan kedua dari Scotland itu menjinakkan Raonic, dari Canada, 6-4, 7-6 (7-3), 7-6 ( 7-2) untuk menuntut mahkota Grand Slam ketiga dalam kerjayanya.

Dengan diperhatikan jurulatihnya, Ivan Lendl, Murray memanfaatkan pengalamannya berbanding Raonic, pemain pilihan keenam, untuk mengawal perlawanan dari mula hingga akhir.

Kemenangan itu meneruskan kejayaan luar biasa Murray di bawah bimbingan Lendl, yang beliau alu-alukan kembali ke pasukan kejurulatihannya di Kelab Queen empat minggu lalu.

Dalam tempoh pertama mereka bersama, yang berakhir pada Mac 2014, Murray memenangi Terbuka Amerika Syarikat, Wimbledon dan gelaran Olimpik. - The Guardian

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map