PRAGUE: Juara Wimbledon sebanyak dua kali, Petra Kvitova (gambar), mengalami kecederaan selepas diserang di rumahnya di bandar Prostejov yang terletak di timur Czech kelmarin.
Jurucakap pemain itu, Karel Tejkal, berkata Kvitova mengalami kecederaan di tangan kiri dan dirawat doktor. Beliau berkata kecederaan Kvitova tidak mengancam nyawanya.