Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Raducanu buru lembaran baru selepas 2 tahun cedera

Juara Terbuka AS 2021 terus positif walau tersingkir awal dari gelanggang Auckland Classic
Jan 08, 2024 | 05:30 AM



AUCKLAND: Pemain tenis Emma Raducanu rasa bak “dilahirkan semula” selepas kembali ke gelanggang di Auckland, New Zealand, lapan bulan selepas beliau diketepikan gara-gara kecederaan.  


Juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 dari Britain itu beraksi dalam hanya sembilan perlawanan pada 2023 dan tidak beraksi sejak April.

Raducanu, 21 tahun, menjalani pembedahan pada kededua tangan dan buku lali kiri pada Mei, dan telah jatuh ke tangga ke-298 dalam ranking dunia.

Namun, minggu lalu beliau telah ditawarkan wild card atau tempat untuk bertanding dalam kejohanan Auckland Classic.


“Saya rasa bak ‘dilahirkan semula’. Saya rasa segar, saya rasa bersedia, saya rasa gembira dan saya rasa teruja,” katanya.

“Secara keseluruhan, saya rasa positif dan bertenaga. Bahu saya terasa agak berat sejak Terbuka Amerika, tetapi kini saya berasa amat segar.”

Kejohanan di Auckland itu sebenarnya bak ‘warm-up’ atau penghangat semata-mata, bagi Raducanu. Walau tewas kepada Elina Svitolina dalam pusingan ketiga, cara beliau bersaing pemain pilihan kedua itu memberinya semangat baru.

Raducanu, yang pernah menduduki ranking ke-10 di dunia kini memberi tumpuan kepada Terbuka Australia, Grand Slam, pertama 2024 yang dijadul bermula 14 Januari.

Sikap dan etika kerja pemain muda itu sering dipersoalkan sejak beliau memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada 2021, tetapi Raducanu telah menunjukkan keinginan untuk kembali menyerlah dan menunjukkan prestasi lebih baik pada 2024.

Ini termasuk membuktikan kepada pengkritik yang telah melontar pelbagai cemuhan kepada beliau sejak rankingnya mula merosot. 

Semasa temu bual yang meluas dengan majalah Tatler, Raducanu dilaporkan telah meminta izin beredar lebih awal apabila jurulatihnya mengarahkan beliau meneruskan latihan di gelanggang.


Beliau berkata kepada wartawan: “Saya mohon maaf kerana saya perlu pergi – jurulatih saya minta saya kembali ke gelanggang. 

Namun, terdahulu dalam perbualan itu, Raducanu bercakap panjang lebar mengenai dedikasinya terhadap tenis dan bagaimana beliau merancang untuk kembali ke taraf prestasi yang baik. 

“Saya rasa sesiapa yang bekerja dengan saya atau berada dekat dengan saya, tahu saya sebenarnya seorang yang bekerja keras. Saya tahu dan yakin, jika kita berusaha dan bekerja keras… apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan,” kata beliau.

“Namun, saya juga tahu kita perlu belajar daripada pengalaman dan jika sesuatu yang telah kita lakukan sebelum ini tidak mendatangkan hasil yang diingini atau di bawah jangkaan, saya tahu saya perlu mengubah cara saya dan berusaha dengan lebih bijak supaya dapat memburu hasil yang lebih baik.”

“Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan… jika ada sesuatu yang tidak sempurna saya orang pertama yang akan mengakui hakikat itu dan saya akan berusaha untuk mengubah cara supaya saya mendapat hasil kesudahan yang dimahukan.”

Dilahirkan di Canada kepada ibu berbangsa Cina dan bapa berketurunan Romania, Raducanu membesar di Britain sebagai kanak-kanak kacukan yang berbakat dalam sukan.

Semasa menyertai sesi sembang yang dihoskan HSBC dan Tatler baru-baru ini, Raducanu berkata beliau mendapat etika kerja daripada ibu. 

Justeru, beliau berkata beliau tidak sabar kembali ke gelanggang meskipun mengalami kecederaan demi kecederaan yang berkesudahan dengan dua pembedahan pada Mei.

Buat masa ini, beliau kelihatan telah pulih dan boleh menumpukan perhatian kepada usaha mempertingkat prestasi. 

Mungkin, dunia akan menyaksikan Raducanu yang ‘dahulu’ di Terbuka Australia kelak. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >