Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Tewas, tapi Fandi tetap puas

Jan 05, 2014 | 11:19 PM

Meskipun tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan persiapan bagi musim Liga Super Malaysia, yang bakal membuka tirainya sekitar seminggu lagi, jurulatih SingaXII, Fandi Ahmad berkata beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak didiknya.

SingaXII, yang kini sedang menjalani latihan pusat pra-musim di Yogyakarta, Indonesia, mengalamai kekalahan 0-3 di depan 20,000 penonton ketika menentang Persib Solo, Sabtu lalu. Mereka tewas 3-1 dalam perlawanan menentang Courts Young Lions sebelum berangkat ke Indonesia.

"Keputusan sejauh ini agak menghampakan, namun dalam perlawanan menenatang Persib kami bermain dengan baik, menguasai sebahagian besar permainan dan merintis peluang jaringan yang lebih baik," ujar Fandi ketika ditemui di akhir sesi latihan di Stadium Universiti Negeri Yogyakarta.

Selasa ini, SingaXII akan mengadakan satu lagi perlawanan menentang PPSM Magelang. Fandi menggambarkan satu lagi perlawanan sukar menentang pasukan liga perdana Indonesia itu.

"Tapi kalau kami bermain dengan baik seperti dalam perlawanan pertama di sini, saya yakin kami mampu menang," ujarnya, yang hanya mempunyai 15 pemain ekoran masalah kecederaan dan tuntutan Perkhidmatan Negara (NS).

Ikuti laporan ekslusif Berita Harian (BH) yang mengikuti skuad SingaXII dalam latihan pusat mereka di Yogyakarta.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3