Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Ayam tambatan'

Jun 14, 2021 | 05:30 AM



THIAGA ALCANTARA

36 tahun (kelab: Liverpool)

Nombor jersi: 10



BELIAU bukan sahaja dianggap sebagai 'gam' dalam pasukan yang padat dengan pemain kreatif dan berkemahiran individu ini, tetapi Alcantara adalah 'maestro' yang boleh mengawal permainan dari tengah padang.



Beliau telah dibandingkan dengan legenda Sepanyol Xavi, yang menjadi tunggak pasukan Sepanyol yang memenangi Euros dan Piala Dunia. Thiago Alcantara dianggap pemain tunggak bagi Sepanyol dan dijangka mengawal permainan dari midfield.




FERAAN TORRES

21 tahun kelab: Man City

Nombor jersi: 11



BELIAU baru sahaja beraksi dalam 10 perlawanan bagi negaranya, tetapi Torres telah pun menjaringkan enam gol dan pemain Manchester City ini melangkah ke pertandingan antarabangsa pertama dengan berkalung pingat juara Liga Perdana England (EPL) di lehernya dan segunung keyakinan diri.



Malah, pada November lalu, beliau menjaringkan hatrik semasa Sepanyol membelasah Jerman 6-0 dalam Liga Negara-Negara.



Ferran Torres masih muda dan tidak berpengalaman luas tetapi sumbangannya bagi juara England Manchester City memaparkan beliau bersedia menyahut cabaran di peringkat ini.




ALEXANDER ISAK

21 tahun kelab: Real Sociedad

Nombor jersi: 11



ALEXANDER ISAK dianggap sebagai antara pemain paling handal bagi generasinya di Sweden dan pertunjukkan beliau di La Liga musim lalu adalah bukti kukuh kebangkitannya dalam dunia bola sepak.



Beliau menjaringkan 17 gol untuk membantu Real Sociedad merebut tangga kelima dalam musim kedua di liga terunggul Sepanyol itu.



Beliau mampu melepaskan diri dari adangan beberapa pemain dan juga mempunyai rembatan bola yang kencang.




DEJAN KULUSEVSKI

21 tahun kelab: Juventus

Nombor jersi: 21



ADALAH sukar untuk menarik perhatian peminat dan wartawan jika anda menyarung jersi yang sama seperti Cristiano Ronaldo.



Namun Dejan Kulusevski menarik perhatian musim lalu, dengan persembahan yang hebat di barisan depan Juventus dalam Serie A yang melebihi jangkaan bagi seorang pemain yang begitu muda.



Beliau boleh membentuk gandingan berbahaya dengan Alexander Isak di barisan depan Sweden - serupa dengan gandingan Tomas Brolin dan Martin Dahlin yang menyingkir England dari Euro 92.



Sekali pandang, Dejan Kulusevski kelihatan seperti terlalu tinggi untuk dikenali sebagai pemain yang ligat dengan bola di kaki, tetapi sebaik sahaja beliau memperoleh bola, adalah sukar untuk pemain lawan merampas bola daripadanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >