COPA AMERIKA
Tiada Messi? Tiada masalah
Argentina mulakan kempen Copa Amerika dengan tewaskan Chile 2-1
Jun 08, 2016 | 05:30 AM
SANTA CLARA (Amerika Syarikat): Tanpa menunjukkan sebarang kekurangan beraksi tanpa Lionel Messi, Argentina memulakan kempen Copa Amerika dengan kemenangan - menewaskan juara bertahan Chile 2-1 semalam.
Gol kemenangan dijaringkan oleh Angel Di Maria dan Ever Banega bukan sahaja bagi menjamin tiga mata pertama, malah menebus kekecewaan tewas kepada lawan yang sama dalam final tahun lalu.