Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiada penghawa dingin, tiada masalah di perkampungan atlet Paris 2024

Feb 29, 2024 | 03:33 PM



PARIS: Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 yakin mereka boleh menjalankannya tanpa penghawa dingin di perkampungan atlet, yang akan disediakan lebih awal daripada jadual apabila ia dibuka secara rasmi oleh Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, pada 29 Februari.


Suhu dijangka meningkat semula pada musim panas Eropah, tetapi tiada penghawa dingin di bilik atlet di Paris 2024, dengan sistem penyejukan akan digunakan sebaliknya.

“Kami reka bentuk bangunan ini supaya ia menjadi tempat yang selesa untuk didiami pada musim panas tahun ini dan seterusnya, dan kami tidak memerlukan penghawa dingin di bangunan ini kerana kami mengorientasikan fasadnya supaya ia tidak terlalu banyak.dimasuki cahaya matahari semasa musim panas,” kata Encik Yann Krysinski, yang bertanggungjawab ke atas persiapan prasarana di Paris 2024.

“Kami juga menyediakan air sejuk semula jadi yang kami dapatkan dari bawah tanah untuk menyejukkan udara pangsapuri ini. Jadi anda tidak memerlukan penghawa dingin pada musim panas di sini,” tambahnya.

Selepas temasya sukan itu, kira-kira 6,000 orang akan tinggal di kawasan kejiranan perkampungan itu.

Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, sementara Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 September. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >