Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga korban dalam tembakan di Auckland jelang pembukaan Piala Dunia Wanita

Jul 20, 2023 | 08:59 AM



SYDNEY: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan seorang penyerang bersenjata ditembak mati, manakala enam lagi cedera termasuk pegawai polis, dalam kejadian tembakan di bandar terbesar New Zealand, Auckland, pada Khamis.


Kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia bola sepak Wanita di negara itu.

Perdana Menteri New Zealand, Encik Chris Hipkins, berkata pertandingan bola sepak tersebut akan diteruskan seperti dirancang sambil menambah kejadian berkenaan adalah perbuatan seorang individu sahaja dan polis telah mengesahkan tiada lain-lain individu yang terlibat.

“Tiada motivasi politik atau ideologi yang dikesan berkaitan dengan serangan itu, justeru tiada risiko keselamatan negara,” ujar Encik Hipkins dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Serangan itu berlaku berhampiran dengan tempat penginapan beberapa pasukan yang bertanding dalam pertandingan terbesar bola sepak wanita itu.

Beberapa pemain telah memuat naik catatan di media sosial untuk mengesahkan mereka dan rakan sepasukan berada dalam keadaan selamat.

“Semuanya tenang sahaja dan kami sedang bersiap sedia untuk perlawanan seperti biasa,” kata kapten Norway, Maren Mjelde.

Norway bertemu New Zealand dalam perlawanan pembukaan di Eden Park, Auckland pada 3 petang (waktu Singapura)

Sementara itu, latihan pasukan Italy pula terpaksa ditangguh kerana para pemain tidak dibenarkan meninggalkan hotel mereka, manakala pasukan Amerika Syarikat, menerusi media sosial, mengesahkan semua pemain dan pegawai tidak terjejas dengan kejadian tersebut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >