Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 pemain dijangka menyerlah di Piala Dunia Wanita 2023

Jul 17, 2023 | 5:30 AM
BANYAK PENGALAMAN: Pemain bola sepak wanita profesional, Sam Kerr, 29 tahun, memainkan peranan utama semasa Chelsea menang kejuaraan Liga Super Wanita keempatnya secara berturut-turut dan menjaringkan gol penentuan dalam final Piala FA Wanita semasa menundukkan Manchester United.
BANYAK PENGALAMAN: Pemain bola sepak wanita profesional, Sam Kerr, 29 tahun, memainkan peranan utama semasa Chelsea menang kejuaraan Liga Super Wanita keempatnya secara berturut-turut dan menjaringkan gol penentuan dalam final Piala FA Wanita semasa menundukkan Manchester United. - Foto AFP

Piala Dunia Wanita dijadual bermula pada 20 Julai ini, dengan tuan rumah bersama, New Zealand bakal bertemu Norway dalam perlawanan pembukaan.

Sedang ramai yang mungkin teruja menyusuli pertandingan antarabangsa ini, beberapa pemain dijangka menyerlah sepanjang tempoh Piala Dunia Wanita kali ini.

Sam Kerr, Australia

Banyak yang dijangkakan daripada penyerang bintang Australia ini apabila beliau kembali memimpin pasukan Australia selepas kejayaannya di England bersama Chelsea.

Kerr, 29 tahun memainkan peranan utama semasa Chelsea menang kejuaraan Liga Super Wanita keempatnya secara berturut-turut dan menjaringkan gol penentuan dalam final Piala FA Wanita semasa menundukkan Manchester United.

Kerr boleh bermegah hasil daripada 60 gol antarabangsa jaringannya.

Beliau menjadi penjaring terbanyak dalam Piala Asia Wanita AFC 2022 di India, menerusi tujuh gol jaringannya dalam hanya empat perlawanan. Beliau juga jaringkan lima gol dalam Piala Dunia 2019, termasuk empat gol dalam satu perlawanan menentang Jamaica.

MASIH BERBISA: Pada usia 37 tahun, Marta bakal bermain dalam Piala Dunia keenamnya.
MASIH BERBISA: Pada usia 37 tahun, Marta bakal bermain dalam Piala Dunia keenamnya. - Foto REUTERS

Marta, Brazil

Pada usia 37 tahun, Marta bakal bermain dalam Piala Dunia keenamnya.

Beliau yang telah memenangi enam anugerah Pemain Dunia Fifa akan ke Piala Dunia kali ini dalam usaha memecahkan rekod dengan menjaringkan gol terbanyak dalam pertendingan Piala Dunia.

Sebelum ini nasib penglibatannya tidak diketahui menyusuli kecederaan lutut yang dialami pada 2022 semasa bermain dengan kelab Orlando Pirates.

Namun, namanya kemudian disertakan bersama ramai pemain lain dan dijangka dapat bermain dalam pertandingan kali ini.

TERUS MENYERLAH: Pada usia 34 tahun, Alex Morgan mungkin hampir ke akhir kerjaya bola sepaknya.
TERUS MENYERLAH: Pada usia 34 tahun, Alex Morgan mungkin hampir ke akhir kerjaya bola sepaknya. - Foto REUTERS

Alex Morgan, Amerika Syarikat

Bintang skuad Amerika ini telah menyarung jersi negaranya sebanyak 200 kali dan menjaringkan 121 gol dalam kerjaya antarabangsa yang menyaksikannya menjulang dua trofi Piala Dunia dan sebutir emas Olimpik.

Pada usia 34 tahun, Morgan mungkin hampir ke akhir kerjaya bola sepaknya.

Namun masih belum kelihatan bahawa dirinya akan berbuat demikian dalam jangka masa terdekat ini.

Apatah lagi selepas beliau jaringkan gol kemenangan dalam final Kejohanan Wanita Concacaf 2022 dan kemudian dinamakan sebagai pemain terbaik pertandingan.

MASIH MUDA: Meskipun baru berusia 26 tahun, namun Khadija Shaw merupakan penjaring terbanyak Jamaica pada masa ini.
MASIH MUDA: Meskipun baru berusia 26 tahun, namun Khadija Shaw merupakan penjaring terbanyak Jamaica pada masa ini. - Foto REUTERS

Khadija Shaw, Jamaica

Penyerang Manchester City ini akan ke Piala Dunia selepas mencapai kecemerlangan semasa kempen 2022-2023 bersama kelabnya. Beliau menjaringkan 31 gol dalam 30 perlawanan.

Shaw, yang digelar ‘Bunny’ oleh para peminatnya – nama timangan yang diberi abangnya – merupakan penjaring terbanyak Jamaica pada masa ini.

Beliau telah pun menjaringkan sebanyak 56 gol antarabangsa sejauh ini.

Satu pencapaian hebat, apatah lagi usianya baru sahaja mencecah 26 tahun.

LAMA BEREHAT: Alexia Putellas (jersi merah) terpaksa berehat selama sembilan bulan daripada dunia bola sepak selepas mengalami kecederaan lutut namun kembali ke FC Barcelona pada April untuk membantu kelab gergasi itu menang tiga piala atau ‘treble’.
LAMA BEREHAT: Alexia Putellas (jersi merah) terpaksa berehat selama sembilan bulan daripada dunia bola sepak selepas mengalami kecederaan lutut namun kembali ke FC Barcelona pada April untuk membantu kelab gergasi itu menang tiga piala atau ‘treble’. - Foto AFP

Alexia Putellas, Sepanyol

Putellas pastinya salah seorang pemain terbaik Piala Dunia, selepas memenangi anugerah Ballon d’Or Féminin, Pemain Terbaik Wanita Fifa dan Pemain Wanita Eropah 2021 dan 2022.

Pemain muda berusia 29 tahun itu terpaksa berehat selama sembilan bulan daripada dunia bola sepak selepas mengalami kecederaan lutut, namun kembali ke FC Barcelona pada April untuk membantu kelab gergasi itu menang tiga piala atau ‘treble’.

Pada September, beliau membantah cara jurulatih Sepanyol, Jorge Vilda, menguruskan pasukan. Putellas bersama beberapa pemain lain kemudian mengancam untuk meninggalkan pasukan itu.

Namun beliau sudah disertakan dalam skuad Piala Dunia kali ini.

PEMAIN BERANI: Ada Hegerberg akan kembali ke Piala Dunia, selepas namanya digugurkan daripada pertandingan itu pada 2019 selepas menarik dirinya sendiri daripada pertandingan antarabangsa.
PEMAIN BERANI: Ada Hegerberg akan kembali ke Piala Dunia, selepas namanya digugurkan daripada pertandingan itu pada 2019 selepas menarik dirinya sendiri daripada pertandingan antarabangsa. - Foto AFP

Ada Hegerberg, Norway

Penyerang kelab Lyon ini yang baru cecah usia 28 tahun, akan kembali ke Piala Dunia, selepas namanya digugurkan daripada pertandingan itu pada 2019 selepas menarik dirinya sendiri daripada pertandingan antarabangsa.

Keputusan itu dibuat sebagai membantah layanan yang diberi kepada wanita dalam sukan itu oleh Persekutuan Bola Sepak Norway, yang menjejas mentalnya.

Sebagai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Uefa, Hegerberg dijangka memberi rangsangan kepada para pemain lain dalam pertandingan itu.

Hegerberg telah menang enam trofi Liga Juara-Juara dan lapan kejuaraan Féminine Divisyen Satu di Perancis.

BAKAT MUDA: Lena Oberdorf yang bermain dengan kelab VfL Wolfsburg menang anugerah pemain muda terbaik di Euro 2022 dan disertakan dalam kesebelasan pemain terbaik oleh kakitangan kejurulatihan Uefa.
BAKAT MUDA: Lena Oberdorf yang bermain dengan kelab VfL Wolfsburg menang anugerah pemain muda terbaik di Euro 2022 dan disertakan dalam kesebelasan pemain terbaik oleh kakitangan kejurulatihan Uefa. - Foto EPA-EFE

Lena Oberdorf, Jerman

Pemain ‘midfield’ versatil berusia 21 tahun ini yang bermain dengan kelab VfL Wolfsburg memenangi anugerah pemain muda terbaik di Euro 2022 dan disertakan dalam kesebelasan pemain terbaik oleh kakitangan kejurulatihan Uefa.

Oberdorf dianggap pemain yang agresif mampu bermain di bahagian pertahanan tengah atau pertahanan belakang, menjadikannya pemain tunggak dalam pasukan Jerman yang berbakat.

Agensi berita Guardian menamakannya sebagai pemain kelima terbaik di dunia pada 2022.

CUKUP VERSATIL: Yui Hasegawa mampu bermain di bahagian serangan dan pertahanan.
CUKUP VERSATIL: Yui Hasegawa mampu bermain di bahagian serangan dan pertahanan. - Foto USA TODAY SPORTS

Yui Hasegawa, Jepun

Bintang Manchester City ini mampu bermain di bahagian serangan atau pertahanan juga, lantas menjadikannya aset penting kepada pasukan matahari terbit ini.

Pada usia 26 tahun, Hasegawa sudah tampil sebanyak 65 kali untuk negaranya dan menjaringkan 14 gol.

Beliau juga meraih kejayaan bersama Jepun, memenangi kededua Piala Asia Wanita AFC dan Sukan Asia pada 2018. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg