Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga Negara FAS Wanita: S’pura buru kejayaan menjelang Sukan SEA bulan depan

Apr 10, 2022 | 05:04 PM



Selepas merakam kemenangan mantap 6-2 menentang Seychelles awal minggu ini, pasukan wanita Singa kembali di Stadium Jalan Besar pada Isnin (11 April) untuk meningkatkan rentak prestasi baik mereka menjelang Sukan SEA 2022 bulan depan. 



Singapura, yang menduduki tangga 135 dunia, akan melabuh tirai siri perlawanan persahabatan ‘A’ Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Wanita malam esok dengan berdepan pasukan nombor 49 dunia, Papua New Guinea.



Pertandingan tiga penjuru itu adalah sebahagian persiapan Singapura bagi Sukan SEA Hanoi pada 12 hingga 23 Mei.



Papua New Guinea, yang kembali bersaing buat pertama kali di pentas antarabangsa sejak 2019, membelasah Seychelles 9-0 pada Jumaat lalu.



Akur pasukan Papua New Guinea akan memberi anak didiknya saingan yang lebih sengit, ketua jurulatih pasukan nasional wanita Singapura Stephen Ng, di satu sidang media pada Ahad (10 April) berkata beliau bagaimanapun tidak akan mengatur permainan yang defensif esok. 



“Kami tidak semestinya akan bersikap defensif. Kami akan lebih melihat pada gabungan pemain yang diturunkan. Kami akan membuat beberapa perubahan pada posisi pemain dan bagaimana kami boleh mendapat lebih keseimbangan dalam pasukan, sedang kami cuba untuk memberi saingan hebat kepada lawan yang berbeza,” jelasnya.



Ditanya sama ada kekalahan esok bermakna Singapura mengalami kegencotan dalam persiapan mereka bagi Sukan SEA, Ng, 51 tahun, menambah:



“Perlawanan esok adalah perlawanan latihan menjelang Sukan SEA dan untuk kami menguji keupayaan kami. Tidak kira apa keputusannya, apa yang penting adalah tahap persembahan kami dan sama ada pemain dapat melaksanakan apa yang telah kami berlatih.”



Kapten Singapura Ernie Sontaril pula menyifatkan semangat perpaduan dan keserasian dalam pasukan sebagai kunci bagi kemenangan esok.



“Bagi saya, apa yang penting adalah bagaimana kami bekerjasama dan membina keserasian antara satu sama lain. 



“Saya rasa kami secara sepasukan mempunyai keserasian yang baik…Jadi, ini akan membantu kami beraksi dengan lebih baik di padang,” kongsinya. 



Sementara itu, ketua jurulatih Papua New Guinea, Nicola Demaine, mengakui beliau tidak begitu mengenali lawannya. 



“Kami belum benar-benar menonton banyak perlawanan Singapura, kecuali perlawanan Isnin lalu. Jadi, rancangan kami adalah untuk menghormati mereka sebagai lawan dan fokus pada taktik kami dan gaya permainan yang ingin kami bermain,” katanya.



Singapura bakal membuat penampilan pertama mereka di Sukan SEA sejak 2003. Mereka diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Myanmar dan Laos. 









 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >