Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga Negara FAS Wanita: S’pura tewas 0-1 di tangan Papua New Guinea

Apr 11, 2022 | 10:49 PM



PASUKAN wanita Singa melengkapkan siri perlawanan persahabatan Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menang satu dan kalah satu daripada dua perlawanan, kurang sebulan sebelum perlawanan pertama mereka di Sukan SEA Hanoi bulan depan. 



Singapura, yang menduduki tangga 135 dunia, jatuh 0-1 di tangan pasukan nombor 49 dunia, Papua New Guinea di Stadium Jalan Besar, yang dihadiri 2,344 penyokong, pada malam Isnin (11 April).



Pada Isnin lalu, Singapura menang besar 6-2 ke atas Seychelles. 



Pertandingan tiga penjuru ini adalah sebahagian persiapan Singapura bagi Sukan SEA di Hanoi pada 12 hingga 23 Mei nanti.



Pasukan bola sepak wanita Singapura bakal membuat penampilan pertamanya di temasya sukan Asia Tenggara itu sejak 2003.



Mereka akan membuka kempen mereka dalam Kumpulan B berdepan Thailand pada 10 Mei. Myanmar dan Laos turut diundi dalam kumpulan itu.



Di Stadium Jalan Besar malam ini, ketua jurulatih Singapura Stephen Ng mengatur formasi sama, 4-2-3-1, ketika menumpaskan Seychelles Isnin lalu tetapi mengubah posisi pemainnya.



Kapten Ernie Sontaril, yang bermula sebagai pemain midfield defensif dalam perlawanan sebelumnya, bermain bek tengah malam ini. Dorcas Chu dan Dhaniyah Qasimah mengisi bahagian midfield Singapura.



Ng mengekalkan barisan serangan yang sama - Putri Nur Syaliza, Stephanie Dominguez, Nur Farhanah Ruhaizat dan Danelle Tan.



Namun, menentang Papua New Guinea, beliau memberi kepercayaan kepada Putri untuk memulakan perlawanan mengetuai bahagian serangan, dengan Dominguez bermain di bahagian sayap.



Kedua-dua penyerang itu bertukar posisi selepas waktu rehat.



Babak pertama menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua negara.



Papua New Guinea memulakan perlawanan dengan rancak, menguasai pemilikan bola dan mengatur beberapa peluang jaringan.



Tetapi, benteng pertahanan Singapura mampu kekal teguh sepanjang 45 minit pertama.



Singapura bersikap lebih menyerang dalam babak kedua.



Farhanah, Tan, Dominguez dan pemain gantian Ho Hui Xin masing-masing dipersembahkan peluang jaringan tetapi kurang klinikal untuk menyempurnakan percubaan mereka di depan gol.



Gawang penjaga gol Singapura Noor Kusmawati akhirnya dibolosi pada minit ke-74 ketika jaringan dekat Sonia Emhabe meletakkan Papua New Guinea di depan.



Singapura cuba mencari gol penyamaan tetapi kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >