Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga penjuru wanita FAS: S’pura tumpaskan Seychelles 6-2

Apr 04, 2022 | 10:37 PM



PASUKAN bola sepak wanita Singa membuat kemunculan semula di padang sendiri selepas empat tahun dengan kemenangan 6-2 ke atas Seychelles, pasukan yang tidak tersenarai dalam ranking dunia, dalam siri perlawanan persahabatan ‘A’ tiga penjuru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada malam Isnin (4 April).



Kemenangan itu juga merupakan yang pertama buat Singapura, pasukan nombor 135 dunia, dalam perlawanan antarabangsa sejak menewaskan Maldives 1-0 di Stadium Negara dalam satu siri perlawanan persahabatan empat penjuru FAS pada November 2018. 



Di Stadium Jalan Besar malam ini, ketua jurulatih Singapura Stephen Ng menurunkan kesebelasan utama yang muda, dengan purata usia pemain adalah 22 tahun, berbanding Seychelles (26 tahun). 



Barisan senjata serangan Ng terdiri daripada dua pemain berpangkalan luar negara, Putri Nur Syaliza, 19 tahun, dan Danelle Tan, 17 tahun, serta Nur Farhanah Ruhaizat dan Stephanie Dominguez, kedua-duanya 23 tahun.



Namun, usia bukan penghalang untuk srikandi bola sepak negara yang memulakan perlawanan di depan 1,498 penonton malam ini dengan rancak.



Bahagian sayap Singapura, yang dimainkan Farhanah dan Putri, berbisa sepanjang perlawanan dengan larian lincah mereka berjaya mengatasi lawan sekaligus menjadi sumber serangan Singapura.



Ancaman bertubi-tubi Singapura membuahkan hasil pada minit ke-18 apabila sepakan sudut Putri gagal dihalang Seychelles dan menjumpai naib kapten Dominguez, yang menyumbat masuk gol pertama pasukan tuan rumah.



Dominguez terus menyengat di depan gawang apabila penyerang Still Aerion Women’s itu, tujuh minit kemudian, secara tenang menjaringkan gol keduanya malam ini.



Seychelles namun bangkit merapatkan kedudukan menerusi Natacha Bibi pada minit ke-30. 



Dalam babak kedua, Singapura mengekalkan rentak menyerang mereka dan tidak perlu menunggu lama untuk mencari gol ketiganya.



Hantaran lintang mantap Putri menemui Tan, yang menghasilkan sentuhan ‘flick’ untuk membolosi gawang penjaga gol Seychelles, Mendy Gabriel, pada minit ke-52. 



Meskipun ketinggalan, Seychelles tidak menyerah kalah apabila Bibi mengambil kesempatan atas kesilapan kapten Singapura Ernie Sulastri dalam pertahanan untuk menjaringkan gol keduanya pada minit ke-71.



Singapura pantas bertindak balas seminit kemudian apabila tandukan Dorcas Chu daripada sepakan sudut menambah kesengsaraan Seychelles.



Jaringan melambung dari jarak jauh Siti Nurerwadah Erwan dan sepakan penalti Tan dalam waktu tambahan menyempurnakan pesta gol Singapura malam ini. 



Singapura akan melabuh tirai pertandingan menentang Papua New Guinea, yang menduduki tangga ke-49 dalam ranking dunia, pada 11 April. Perlawanan antara Seychelles dan Papua New Guinea pula akan diadakan pada 8 April ini. 



Pertandingan tiga penjuru ini adalah sebahagian persiapan Singapura untuk Sukan SEA bulan depan di Hanoi. 



Pasukan bola sepak wanita Singapura bakal membuat penampilan pertamanya di temasya sukan Asia Tenggara itu sejak 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >