Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Serapong di Sentosa dipilih sebagai padang golf terbaik dunia

Hanya empat padang golf di seluruh dunia pernah terima anugerah tersebut
Oct 24, 2023 | 03:21 PM



Padang Serapong di Kelab Golf Sentosa (SGC) terpilih sebagai Padang Golf Terbaik Dunia pada majlis Anugerah Golf Dunia (WGA) tahunan di Abu Dhabi pada Isnin.

Hanya empat padang golf lain yang pernah menerima pengiktirafan itu sejak ia dimulakan pada 2014.

Empat penerima itu ialah Old Course di St Andrews dan Championship Course di Carnoustie Golf Links, kededuanya di Scotland; serta Kelab Golf Nasional Augusta, yang menganjurkan kejuaraan Masters, dan pemenang 2022, Kelab Golf Shinnecock Hills, kedua-duanya di Amerika Syarikat.

Serapong, yang menerima anugerah padang golf terbaik di Singapura dan Asia WGA pada 2022, turut mengekalkan kedua-dua anugerah tersebut.

Sebelum ini, pada 2019, SGC ditabalkan sebagai Kelab Golf Terbaik Dunia WGA.

Pengurus besar yang juga pengarah agronomi SGC, Andrew Johnston, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai “satu perkara besar”, sambil berkata bahawa ia amat istimewa memandangkan terdapat lebih 39,000 padang golf di serata dunia.

“Ia pengesahan kepada dedikasi dan kerja keras seluruh pasukan kami dan usaha tidak kenal erti penat untuk mencapai kecemerlangan.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman bermain golf yang luar biasa dan memaparkan Singapura kepada masyarakat antarabangsa.

“Saban tahun, Serapong kian dapat perhatian dunia, dengan menganjurkan acara berprestij dan menarik pemain golf dari serata dunia.

“Ia telah memaparkan kemampuan untuk dikenali di pentas dunia dan menawarkan pendedahan tidak ternilai kepada Pulau Sentosa dan Singapura selaku destinasi golf yang unggul menerusi acara seperti LIV Golf Singapore,” kata Encik Johnston, lapor The Straits Times.


Sebanyak 13 calon lain bagi anugerah itu terletak di Australia, Afrika Selatan, serta Amerika dan termasuk Royal Greens di Arab Saudi serta Trump Turnberry Ailsa dan Old Course di Scotland.

Mengenai SGC menjadi padang golf pertama Asia meraih anugerah tersebut, yang undiannya dibuat oleh profesional yang bekerja dalam industri golf dan orang awam (pengguna pelancongan golf), Johnston, yang juga pereka residen padang golf itu, berkata:

“Ia membuka laluan dan membentangkan peta kukuh bagi mutu golf yang kami perkenalkan setiap hari di Sentosa, dan ia terus meletak Singapura sebagai kuasa golf di dunia.

“Sebagai tambahan, ia boleh membantu mengalihkan corak permainan golf, dan terus membuka pintu pelancongan serta membawa masuk pemain golf ke Singapura dan Asia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >