Tinju: Mayweather berkata beliau akan lawan Pacquiao lagi tahun ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinju: Mayweather berkata beliau akan lawan Pacquiao lagi tahun ini

Sep 16, 2018 | 3:28 PM

Tinju: Mayweather berkata beliau akan lawan Pacquiao lagi tahun ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Floyd Mayweather Jr. (kiri) menentang Manny Pacquiao dalam perlawanan pada 2015 di Las Vegas.
Floyd Mayweather Jr. (kiri) menentang Manny Pacquiao dalam perlawanan pada 2015 di Las Vegas. - Foto AFP

NEW YORK: Bekas juara tinju kelas berat Floyd Mayweather berkata pada Sabtu (15 September) beliau akan keluar daripada persaraan untuk perlawanan ulangan menentang Manny Pacquiao tahun ini.

"Saya akan kembali menentang Manny Pacquiao tahun ini," kata Mayweather, 41 tahun, dalam akaun Instagramnya.

"Satu lagi gaji berjumlah 9 angka akan masuk."

Video yang menyertai pos itu menunjukkan dua petinju tersebut di festival muzik di Tokyo tetapi sukar untuk mendengar apa yang mereka katakan.

Dalam video yang diperoleh kemudiannya oleh ESPN, Mayweather berkata: "Tokyo Jepun kami akan datang lagi... Saya akan datang lagi pada Disember."

Beliau menambah: "Saya akan ambilnya (tali pinggang juara) daripadanya seperti yang saya lakukan sebelum ini. Kami akan mendapat gaji dan saya tidak mahu alasan bahu sakit."

Pertandingan ulangan memang menjadi spekulasi selama bertahun-tahun selepas mereka bertemu dalam pertandingan yang digembar-gemburkan pada 2015.

Mayweather yang tidak pernah kalah mencapai keputusan menang sebulat suara yang memberinya hadiah kira-kira AS$220 juta ($300 juta). Pacquiao kemudian berkata beliau dihambat oleh kecederaan bahu kanan.

Mayweather kembali ke gelanggang pada 2017, menang ke atas juara dunia seni mempertahankan diri campuran Conor McGregor. Beliau memperoleh AS$300 juta dan McGregor mendapat AS$100 juta dalam salah satu pertandingan paling kaya dalam sejarah. Pacquiao turun gelangang Julai lalu, menumbangkan petinju Argentina Lucas Matthysse.

Apabila ditanya selepas itu mengenai perlawangan ulangan menentang Mayweather, petinju Filipina itu berkata: "Saya mempunyai tali pinggang itu, jadi terpulang padanya. Jika beliau mahu kembali ke sukan tinju, mari adakan perlawanan kedua." - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg