Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tinju: Ridhwan tewas kepada Ambunda

Sep 30, 2018 | 04:03 PM



PETINJU Singapura Muhamad Ridhwan mengalami kekalahan pertamanya    sebagai ahli tinju  profesional pada Sabtu (28 Sep),   tetapi berikrar  kekalahan itu akan membuatnya bekerja lebih keras.



Petinju  berusia 30 tahun itu  ditundukkan  oleh seorang veteran dari  Namibia,  Paulus Ambunda, yang memenangi pertarungan 12 pusingan mereka bagi menuntut      gelaran juara dunia super bantam  Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO)  di Sands Expo and Convention Centre.



Kemenangan itu meningkatkan rekod Ambunda kepada 27 kemenangan dan dua kekalahan.



Sebelum kekalahan itu,  Ridhwan mempunyai rekod  11 kemenangan dalam 11 perlawanan profesional.



“Ia satu perlawanan baik,  saya rasa ia perlawanan sengit   juga. Saya kecewa saya tidak menang, tapi saya gembira kerana  peminat menyaksikan  satu perlawanan   menarik, dan mereka tahu ini bukan  kes pertarungan diadakan untuk budak setempat   menang,” katanya lapor akhbar The Straits Times.



Kemahiran Ambunda,   38 tahun,   terserlah apabila beliau  menguasai sebahagian besar bahagian  pertama perlawanan.



Tetapi Ridhwan bangkit   pada babak kedua, dan tidak pernah kelihatan mengecewakan apabila  beliau dapat menandingi lawannya.



Kad markah pengadil  menyebelahi   Ambunda   115-113, 116-111, 112-115.



“Ridhwan  pejuang  baik, tetapi dia perlu memperbaiki tumbukan dan tumbukan balasnya. Dia terlalu terbuka, dan saya dapat melihat tumbukannya  datang.”



Ridhwan berkata beliau tidak akan terus dirundung kemurungan dek kekalahan itu.



“Ramai orang handal  kalah. Ini semua tentang bangkit kembali, dan saya masih laparkan kemenangan,” ujarnya.



 Scott O’ Farrell, pengasas Ringstars yang menganjurkan perlawanan itu, berkata: “Ridhwan  tidak menang  malam ini, tetapi dia menunjukkan dia sudah bersedia.



“Suatu hari nanti dia akan menjadi juara dunia, ingat kata-kata saya ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >