Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Kartel syarikat’ tipu bidaan untuk menang tender projek kerajaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Kartel syarikat’ tipu bidaan untuk menang tender projek kerajaan

Jan 04, 2024 | 02:42 PM



KUALA LUMPUR: Mengemukakan pelbagai bidaan tender melalui syarikat ‘berbeza’ dan menarik balik bidaan secara mengejut adalah antara taktik yang digunakan oleh perusahaan yang terlibat dalam kartel untuk menipu proses bidaan bagi tender projek kerajaan.


Ia antara taktik dikesan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang ketika ini sedang menyiasat 500 syarikat yang dipercayai terlibat amalan kartel merentasi pelbagai sektor untuk memanipulasi tawaran dan pembidaan projek kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Encik Iskandar Ismail, mendedahkan ia antara lain termasuk tender untuk projek penyelenggaraan, pembinaan dan juga projek membina kantin.

Mengulas lanjut mengenai taktik penipuan bidaan, Encik Iskandar berkata beberapa pemilik syarikat dikesan membentuk kartel dengan menubuhkan beberapa syarikat kroni, yang kemudian akan mengemukakan bidaan melalui sejumlah besar syarikat, sekali gus meningkatkan peluang untuk syarikat mereka memenangi bidaan.

Katanya, semua syarikat ini akan berada dalam kartel yang sama, lapor The Star.


Memberi contoh daripada 100 syarikat yang mengemukakan tender untuk membida projek, Encik Iskandar berkata jika kartel masuk dengan sekurang-kurangnya 50 syarikat proksi, kebarangkalian mereka memenangi bidaan ialah 50 peratus.

“Mereka mencipta ilusi terdapatnya persaingan,” dedah Encik Iskandar.

Beliau berkata ada pemilik syarikat yang menjadikan rakan atau pekerja mereka sebagai pengarah atau pemegang saham syarikat.

“Pekerja mungkin tidak tahu dan mungkin hanya menandatangani borang tender dan kemudian mereka mungkin memenangi tender berkenaan.

“Tetapi apabila tiba masanya untuk berjumpa dengan pegawai kerajaan, individu daripada syarikat yang tidak memenangi tender itu pula yang datang dan apabila disoal siasat, mereka mengatakan mereka mewakili syarikat yang memenangi tender,” katanya.

Encik Iskandar berkata terdapat juga keadaan yang mana beberapa kartel dikesan dalam satu tender.

“Kami juga terjumpa situasi di mana semua orang (menyerahkan tawaran) berada dalam kartel,” katanya.

Mengulas lanjut, Encik Iskandar berkata penarikan balik bidaan adalah satu lagi taktik yang digunakan.

“Sebagai contoh, terdapat 10 syarikat membida tender. Lapan daripada 10 syarikat mungkin berada dalam kartel.

“Jika kartel mengetahui bahawa tiga daripada lapan syarikat telah disenarai pendek, dua boleh menarik balik bidaan mereka sebaik sahaja mereka mengetahui syarikat mana yang bersedia untuk memenangi kontrak,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >