Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Dua perlawanan blokbuster buka tirai musim 2021

spl
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



PERSAINGAN sengit antara pasukan terbaik bola sepak tempatan dan pasukan dijangka merampas mahkota liga membuka tirai Liga Perdana Singapura (SPL) 2021 esok.



Selepas ditangguh dek Covid-19, musim ke-26 liga itu diteruskan dengan dua perlawanan pembukaan blokbuster secara serentak.



Juara bertahan Albirex Niigata akan memulakan kempen mengekalkan mahkotanya dengan menentang Hougang United di Stadium Jurong East.



Tampines Rovers, yang terlepas peluang merebut gelaran juara musim lalu, akan berdepan Lion City Sailors di Stadium Jalan Besar.



Walaupun mengakui pasukannya menghadapi 'cabaran besar' apabila berdepan The Stags, jurulatih Sailors, Vidmar Aurelio meluahkan keyakinan tinggi akan kemampuan anak buahnya.



"Setiap perlawanan menentang Tampines memang mencabar. Mereka mempunyai gaya bermain baik dan barisan pemain berbakat.



"Namun, setiap perlawanan lain juga cukup mencabar. Lihat sahaja bagaimana pasukan lain, seperti Tanjong Pagar (United) dan Hougang (United), telah mempertingkat persembahan mereka di luar musim ini.



"Tiada pasukan akan duduk diam tanpa melakukan sebarang perubahan selepas melalui musim kurang baik, oleh itu, saya menjangka musim ini lebih sengit daripada tahun lalu," katanya dalam petikan di laman Sailors.



Walaupun terpaksa berpuas hati di tempat ketiga musim lalu, Sailors menyasar kejuaraan pertamanya tahun ini, dengan dipimpin anggota baru, bekas pemain kelab Liga Primeria Portugal, Rio Ave, Diego Lopes.



Ini selain barisan pemain tetap seperti kapten Hassan Sunny, Gabriel Quak, Shahdan Sulaiman dan Stipe Plazibat, yang kembali selepas tidak bermain tahun lalu disebabkan kecederaan.



Pasukan itu akan berdepan satu-satunya wakil Singapura di Liga Juara-Juara Asia tahun ini, Tampines Rovers, yang menampilkan pemain baru Armin Bosnjak selain barisan pemain tetap lain.



Ketua jurulatih Tampines Gavin Lee berkata seperti biasa, pesaingnya itu menampilkan barisan pemain baik, namun tumpuan pasukannya musim baru ini ialah menunjukkan persembahan lebih baik daripada sebelum ini.



"Secara peribadi, saya yakin akan kebolehan pasukan sendiri dan hanya ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa kami mampu melakukan yang terbaik.



"Sailors adalah sebuah pasukan kuat yang memberikan saingan sengit, dan saya rasa ramai yang akan meletak jangkaan tinggi pada mereka untuk mencapai sesuatu (kemenangan).



"Tapi secara jujur, kami tak mengunakan masa yang ada untuk berfikir tentang mereka kerana tumpuan ialah pada diri kita sendiri," kata Lee semasa dihubungi.



Beliau berkata penyesuaian pada norma baru lantaran Covid-19 antara cabaran besar yang dihadapi pasukannya dalam membuat persiapan bagi musim baru.



Pemain tidak dapat berlatih melalui perlawanan pramusim, yang biasanya dilakukan di luar negara.



Menurut Lee, perlawanan persahabatan yang biasanya digunakan bagi skuad membiasakan diri bermain bersama juga kurang diadakan. Ia digantikan dengan alternatif seperti perlawanan dalaman.



Meskipun peminat bola sepak Singapura belum berpeluang menyokong pasukan kegemaran mereka secara fizikal di stadium, siaran langsung perlawanan boleh ditonton melalui Singtel TV,Starhub TV dan di Facebook AIA SPL dan 1Play Sports.



Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Yazeen Buhari, berkata: "Sepanjang dua bulan lalu, kami dapat melihat peminat SPL mengikuti perkembangan pasukan bersama pemain tempatan dan asing baru yang didapatkan kelab kegemaran masing-masing.



"Perlawanan peringkat akhir musim lalu memang menarik, dan saya pasti kempen tahun ini juga sama, terutama dengan banyak kelab ingin merebut mahkota juara Albirex Niigata."




"Sepanjang dua bulan lalu, kami dapat melihat peminat SPL mengikuti perkembangan pasukan bersama pemain tempatan dan asing baru yang didapatkan kelab kegemaran masing-masing. Perlawanan peringkat akhir musim lalu memang menarik, dan saya pasti kempen tahun ini juga sama, terutama dengan banyak kelab ingin merebut mahkota juara Albirex Niigata."
- Yazeen Buhari, Setiausaha Agung FAS.




TONTON SPL 2021 



Singtel TV

(Saluran 111, 112 dan 113)



Starhub TV

(Saluran 201, 201 dan 204)



Siaran langsung Facebook:



- AIA SPL

- 1Play Sport




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >