Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Trent cedera, satu tamparan bagi Liverpool

Jan 10, 2024 | 09:01 AM



LONDON: Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold akan terlepas beraksi sehingga tiga minggu kerana kecederaan lutut, kata penolong pengurus Pep Lijnders.


Pemain antarabangsa England berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan tersebut semasa kemenangan pusingan ketiga Piala FA, 2-0, pada 8 Januari semasa menentang Arsenal.

“Trent tercedera di lututnya, terdapat koyak kecil pada ligamen lututnya.

“Beliau telah menjalani imbasan lutut untuk mengesahkan tahap kecederaan dan mungkin perlu berehat selama tiga minggu. Ia satu tamparan hebat bagi kami,” kata Lijnders.

Lijnders menambah: “Kami perlu mencari dinamik baru tanpa Trent kerana beliau menjadikan permainan kami fleksibel.

“Walaupun dalam keadaan di mana kami tidak bermain dengan baik, beliaulah yang meletakkan bola di tempat yang kami perlukan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan.

“Tapi kami harus terima hakikat ini. Trent perlu berehat dan kemudian harapannya ialah beliau boleh kembali cergas sepenuhnya.

“Tidak dapat dinafikan kehadiran beliau sering menjadi penentu dalam perlawanan-perlawanan penting dan beliau yang sentiasa merintis peluang jaringan bagi kami.”

Liverpool mendahului Liga Perdana England (EPL) dengan tiga mata dan menerima kunjungan Fulham dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao awal pagi 11 Januari (waktu Singapura).

Mereka menentang Bournemouth dalam EPL pada 21 Januari dan bermain perlawanan kedua menentang Fulham pada 24 Januari.

Mereka bertemu Norwich atau Bristol Rovers dalam pusingan keempat Piala FA pada hujung minggu 27 Januari sebelum menerima kunjungan Chelsea dalam liga pada 31 Januari.

Trent, yang dilantik sebagai naib kapten kelab musim panas lalu, telah menjaringkan dua gol dalam 25 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini.

Bermula sebagai bek kanan, beliau telah menjadi pemain midfield penting bagi Liverpool musim ini. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >