Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool kembali ke takhta liga, namun kedudukan terancam

Dec 27, 2023 | 02:24 PM



LONDON: “Liverpool, di puncak liga, Liverpool, di puncak liga.”


Itulah laungan yang bergema di padang Turf Moor sejurus sahaja pengadil meniup wisel penamat bagi perlawanan yang menyaksikan Liverpool menundukkan Burnley 2-0, sekali gus meletakkan mereka di tangga teratas Liga Perdana England (EPL).

Dengan juara bertahan Manchester City masih ketinggalan, peluang telah terbuka untuk pasukan The Reds – atau pasukan lain – untuk melepaskan genggaman pasukan Pep Guardiola pada trofi liga.


Sejauh ini, Liverpool hanya tewas satu perlawanan liga musim ini tetapi mereka perlu bermain dengan lebih agresif berbanding perlawanan sebelum ini jika mereka ingin menambah pingat liga dalam koleksi mereka.

Dengan Mohamed Salah bakal berlepas untuk beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika pada Januari, tanggungjawab mengemudi jentera serangan Liverpool kini terletak di bahu Darwin Nunez.

Pemain Uruguay berusia 24 tahun itu menamatkan kemarau jaringan selama 12 perlawanan dengan menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Burnley pada 26 Disember.

“Bagi Darwin, ia amat jelas, seorang penyerang memerlukan gol,” kata pengurus pasukan, Jurgen Klopp. 

“Darwin memainkan peranan penting dalam pasukan ini. Ia bukan sekadar jaringannya yang membantu kami mendapat kemenangan, namun apa yang penting adalah ia membantu meningkatkan keyakinannya.”

Selepas musim panas sibuk yang menyaksikan beberapa pemain utama seperti kapten pasukan Jordan Henderson, Fabinho, Naby Keita dan James Milner meninggalkan kelab itu, Klopp menggelarkan pasukan ini ‘Liverpool 2.0’.

Kemenangan terhadap Burnley merupakan satu kemenangan yang penting selepas mereka hanya mampu seri menentang Manchester United dan pencabar takhta, Arsenal.

Walau apa pun, mereka terlebih dahulu perlu memperbaiki penyudah jika ingin mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas sehingga Mei.

Dalam tiga perlawanan liga terakhir, Liverpool telah mencatatkan 66 percubaan ke arah pintu gawang lawan – termasuk 19 ketika menentang Burnley – tetapi hanya berjaya menjaringkan tiga gol.

Ditanya mengenai perasaannya berada di kedudukan teratas, Klopp berseloroh: “Hebat, saya hampir tidak dapat menahan kegembiraan saya.

“Berada di tangga teratas dengan 42 mata merupakan suatu perkara yang memuaskan hati.

“Separuh pertama musim ini sudah selesai… ia bukanlah sempurna namun kita hanya akan berada satu mata di belakang Arsenal jika mereka menang perlawanan seterusnya.”

Sementara itu, Burnley berada hanya dua mata di hadapan pasukan tercorot Sheffield United dan mengulas tentang persembahan Liverpool, pengurus pasukan Vincent Kompany berkata: 

“Mereka merupakan pasukan yang hebat, tiada sangsinya. Untuk berada di tangga teratas liga, anda perlu mempunyai pemain yang hebat. 

“Dari segi mutu mereka, kami hanya akan mengetahuinya pada masa hadapan. Tetapi dari segi intensiti semasa beraksi, mereka kembali ke tahap seperti dahulu sewaktu saya masih bermain di padang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >