Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BELASUNGKAWA

Trevor Francis – pemain Britain pertama bernilai £1j

Bekas bintang England yang bakat luar biasanya dihargai di seluruh dunia meninggal
Jul 26, 2023 | 10:20 AM



LONDON: Trevor Francis, yang meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, akan tercatat dalam sejarah sebagai bukan sahaja pemain bola sepak pertama Britain bernilai £1 juta ($1.7 juta), malah sebagai pemenang Piala Eropah yang bakat luar biasanya dihargai di seluruh dunia dan membawanya ke negara seperti Amerika Syarikat, Italy dan Australia.


Dilahirkan di Plymouth pada 1954, Francis merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan, dengan bapanya seorang pemain bola sepak separuh profesional, potensinya ketara sejak kecil.

Beliau menjaringkan lebih 800 gol semasa mewakili pasukan sekolahnya di Devon dan menarik minat banyak kelab profesional.

Pada usia 15 tahun Francis menjadi pemain perantis untuk Birmingham City dan kemudian bercerita tentang beliau turun ke padang kelab itu St Andrew untuk berlari pecut dan membaiki kelajuannya.

Kesungguhannya itu membuahkan hasil, dengan pemain remaja ini membuat penampilan sulung dalam pasukan senior di divisyen dua setahun kemudian, sebagai pemain gantian menentang Cardiff City.

Sekali gus beliau menjadi pemain termuda Birmingham pada usia 16 tahun 139 hari, pada September 1970 – satu rekod yang hanya diatasi oleh pemain tengah England dan Real Madrid semasa Jude Bellingham pada Ogos 2019.

Francis terus menjaringkan 15 gol dalam 15 perlawanan pertamanya musim itu, termasuk empat semasa menentang Bolton Wanderers, dan 12 lagi gol semasa kempen berikut apabila The Blues berjaya dinaikkan ke divisyen satu.

Pengurus Freddie Goodwin membandingkan Francis dengan Jimmy Greaves dan Dennis Law, namun sebagai pemain perantis, penyerang itu ditugaskan juga membersihkan but, membersihkan tempat duduk dan tidak dibenarkan keluar selepas 10.30 malam, sehinggalah beliau berusia 17 tahun.

Impak Francis dan kenaikan Birmingham ke liga teratas menyaksikan lebih 50,000 penyokong berpusu-pusu ke St Andrew’s untuk satu perlawanan, dan Francis kekal di kelab itu hingga perpindahan yang memecahkan rekod pada 1979, menjaringkan 133 gol dalam 329 perlawanan dalam semua pertandingan.

Semasa di Birmingham, Francis juga menghabiskan satu musim panas sebagai pemain yang dipinjamkan ke Detroit Express dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL).

Beliau menjaringkan 22 gol dalam 20 perlawanan untuk mendapat tempat dalam pasukan All-Stars XI bersama Carlos Alberto, Franz Beckenbauer dan penjaring terbanyak liga itu, Giorgio Chinaglia, yang kesemuanya bermain bagi juara New York Cosmos.

Setelah dipilih mewakili England buat julung kali oleh Don Revie dua tahun sebelumnya, pengurus Birmingham Jim Smith akhirnya menerima permintaan Francis untuk meninggalkan kelab itu demi mengejar trofi.

Pada Februari 1979, Birmingham menerima perjanjian penting dalam bola sepak Britain daripada juara Nottingham Forest dan, walaupun pengerusi Coventry City Jimmy Hill menawarkan untuk menyamai jumlah itu, Francis menyertai pasukan Brian Clough kerana percaya merekalah “satu-satunya pasukan di England yang boleh mencabar Liverpool”.

Clough mengumumkan bayarannya ialah £999,999 untuk tidak memberi Francis label £1 juta, tetapi perjanjian itu sebenarnya menawarkan bayaran hampir £1.15 juta termasuk cukai dan komisen.

Ditanya apakah bayaran tinggi itu satu beban, Francis berkata: “Saya harap tidak. Pada masa ini sudah tentu tidak, saya cukup teruja mengenainya. Saya sedar apabila saya turun ke padang saya perlu melupakannya dan teruskan bermain.”

Tawaran itu mengatasi rekod Inggeris sebelum ini yang sebanyak £516,000 yang dicatat hanya beberapa minggu sebelum itu apabila David Mills meninggalkan Middlesbrough ke West Brom, tetapi kurang daripada rekod dunia yang diterima oleh Giuseppe Savoldi dan Paolo Rossi di Italy.

Francis membuat penampilan pertama Divisyen Satu buat Forest di padang lawan di Ipswich, di mana beliau menentang rakan sepasukan Englandnya, Terry Butcher, yang hanya tahu satu cara menghalangnya.

“Jadi saya pergi kepadanya dan hanya bertanya bagaimana keadaan keluarga. (Kemudian saya berkata kepadanya) jika anda berjaya melepasi saya, saya akan menendang anda begitu kuat hingga anda tidak dapat bermain.

“Francis tidak mendekati saya sepanjang perlawanan itu jadi beliau mempunyai penampilan sulung yang biasa-biasa saja, tetapi itulah satu-satunya cara untuk mengalahkannya kerana beliau berkat besar,” cerita Butcher kepada BBC Radio 5 Live.


Francis kemudian menunjukkan bayaran £1 juta itu berbaloi dengan menjaringkan gol tunggal Forest dalam perlawanan akhir Piala Eropah di Munich menentang kelab Sweden Malmo.

Francis juga menjadi anggota pasukan Forest yang menakluki Barcelona dalam dua perlawanan untuk memenangi Piala Super Eropah dan menewaskan Wolves untuk memenangi Piala Liga.

Pada 1981, Francis meninggalkan Forest untuk menyertai Manchester City pada bayaran £1.2 juta dan sepanjang bermain bagi kelab itu sebanyak 93 perlawanan beliau menjaringkan 37 gol.

Apabila City menghadapi masalah kewangan kelab itu menjual Francis kepada Sampdoria.

Francis menghabiskan empat musim bersama kelab Serie A itu – memenangi Coppa Italia pada 1985 dalam pasukan yang turut disertai Graeme Souness, Gianluca Vialli dan Roberto Mancini, dengan muncul sebagai penjaring terbanyak pertandingan itu.

Selepas itu beliau bermain semusim lagi di Italy bersama Atalanta.

Francis kembali ke Britain untuk menyertai pasukan yang dipimpin Souness, Queen Park Rangers, dan memenangi Piala Liga Scotland. Selepas itu beliau ke Australia menyertai Wollongong City, dan Sheffield Wednesday, di mana beliau memenangi Piala Liga pada 1991.

Francis mengambil alih sebagai pengurus-pemain di Hillsborough untuk musim 1991-92, membimbing Sheffield ke tempat ketiga dan naib juara dalam perlawanan akhir Piala FA dan Piala Liga.

Beliau akhirnya menggantung butnya selepas kerjaya bermain selama 23 tahun semasa berusia 39 tahun pada 1994.

Gary Lineker menyifatkan Francis sebagai “pemain bola sepak hebat dan lelaki baik”, bekas pemain pertahanan Forest Viv Anderson merujuk beliau sebagai “orang hebat dan rakan sepasukan hebat”, manakala Stan Collymore berkata Francis adalah salah seorang wiranya dan “lelaki paling baik, rendah hati, suka berjenaka, sentiasa memberi masanya dan nasihat”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >