Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PROFESIONAL SAUDI

Bintang-bintang import yang semarakkan Liga Saudi

Jul 23, 2023 | 05:30 AM



Pasukan-pasukan Liga Profesional Saudi menjadi tajuk utama pada musim panas ini, dengan bintang seperti Karim Benzema, N’Golo Kante dan Ruben Neves menyertai Cristiano Ronaldo di negara itu.

Ini ekoran langkah Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi baru-baru ini mengambil alih empat pasukan terkemuka negara – Al-Ittihad, Al-Nassr, Al-Hilal dan Al-Ahli – manakala 14 lagi kelab liga utama juga mempunyai beberapa pemain terkemuka.

Anda mungkin pernah lihat beberapa pemain dan pengurus yang baru berpindah ke Arab Saudi, tetapi mungkin tidak banyak mengetahui tentang pasukan yang telah mereka sertai atau siapa lagi yang berada di sana.

Berikut pasukan-pasukan utama dan bintang-bintang yang bermain untuk kelab di negara itu.

Abha

Abha, dari bandar dengan nama yang sama, bermain di peringkat ketiga pada 2017 hingga 2018 sebelum memenangi pertandingan berturut-turut. Namun, mereka tidak pernah memenangi trofi utama.

Mereka diuruskan oleh Czeslaw Michniewicz, bos Poland pada Piala Dunia musim sejuk lalu di Qatar, dan nama terbesar mereka ialah Felipe Caicedo, penyerang Ecuador berusia 34 tahun yang bermain untuk Manchester City 14 tahun lalu.

Al-Ahli

Al-Ahli adalah antara pasukan terbesar Saudi dan salah satu daripada empat yang diambil alih oleh PIF baru-baru ini. Juara tiga kali itu berada di peringkat kedua musim lalu tetapi semakin cemerlang apabila muncul sebagai juara. Berkongsi tempat yang sama dengan Al-Ittihad, Al-Ahli masih berusaha mencari pengurus.

Bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino, dan bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, adalah dua pemain handalan mereka pada musim panas ini. Ezgjan Alioski dan Modou Barrow pernah bermain dalam Liga Perdana untuk Leeds dan Swansea, manakala Bastos adalah bekas pemain pertahanan Lazio.

Al-Ettifaq

Bekas pengurus Rangers dan Aston Villa, Steven Gerrard, akan menguruskan Al-Ettifaq musim ini. Piala terakhir mereka adalah pada 1980-an.

Pemain sayap Amin Younes, yang telah lapan kali membuat penampilan untuk Jerman, sepatutnya kembali dalam skuad mereka tahun ini selepas tempoh pinjaman dengan Utrecht berakhir. Penyerang Robin Quaison ialah pemain antarabangsa Sweden.

Al-Fateh

Satu-satunya gelaran yang kembali diraih Al-Fateh adalah pada 2013. Mereka diuruskan oleh bekas bos West Ham, Slavan Bilic, yang dilantik pada Jun bagi menggantikan bekas pemain tengah Blackburn Rovers, Georgios Donis, yang telah mengambil alih Al-Wehda.

Pemain mereka yang paling terkenal ialah bekas pemain sayap Barcelona Cristian Tello, yang pernah mewakili Sepanyol dalam satu perlawanan. Rakan sepasukan, Fran Velez, dan bekas bek kiri Monaco, Tristan Dingome, juga berada dalam skuad mereka.

Al-Fayha

Al-Fayha memenangi gelaran Saudi pada 2017 dan Piala Raja pada 2022. Pengurus mereka ialah bekas pemain antarabangsa Yugoslavia, Vuk Rasovic. Stadium Bandar Sukan Al Majma’ah mereka, dengan kapasiti 7,000, adalah yang terkecil dalam liga.

Penjaga gol veteran Vladimir Stojkovic ialah bekas pemain antarabangsa Serbia dan pernah bermain untuk Wigan dan Nottingham Forest. Penyerang Milan Pavkov juga bermain untuk Serbia, walaupun beliau dibuang padang ketika menentang Jerman dalam satu-satunya pertandingan yang disertainya. Aleksandar Trajkovski dari Macedonia Utara menjaringkan gol yang menafikan peluang Italy untuk ke Piala Dunia 2022.

Al-Hazem

Al-Hazem, yang dinaikkan kedudukannya musim lalu, tidak pernah memenangi trofi utama. Pengurus dan pemain, Filipe Gouveia, pernah bermain sebilangan besarnya bagi pasukan Portugal.

Ia adalah antara beberapa pasukan dalam liga tanpa pemain terkenal. Penjaga gol Aymen Dahmen pernah bermain untuk Tunisia.

Al-Hilal

Al-Hilal, yang dimiliki PIF, telah memenangi rekod empat Liga Juara-Juara Asia dan 18 gelaran Saudi. Bekas pengurus Benfica, Jorge Jesus, menggantikan bekas pengurus Oxford, Ramon Diaz pada musim panas ini.

Mereka membelanjakan £47 juta ($81.3 juta) pada musim panas ini untuk menandatangani kapten Wolves, Ruben Neves, dan turut membawa masuk Kalidou Koulibaly dari Chelsea dan pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic. Bekas penyerang Porto, Moussa Marega, bekas perancang West Brom, Matheus Pereira dan pemain sayap Peru Andre Carrillo, yang pernah bersama Watford, turut berada dalam pasukan ini.

Al-Ittihad

Al-Ittihad – juga dimiliki oleh PIF – adalah saingan besar Al-Hilal dalam pertandingan yang dikenali sebagai Clasico Saudi. Mereka adalah juara bertahan, dengan bekas pengurus Wolves dan Tottenham, Nuno Espirito Santo, mengetuai mereka dalam merangkul kejuaraan musim lalu. Scot Ian Cathro ialah salah seorang jurulatih pasukan utama Nuno.

Ditubuhkan pada 1927, ia adalah kelab bola sepak tertua di Arab Saudi.

Kelab itu adalah antara penggerak terbesar musim panas ini, menandatangani kontrak dengan pemenang anugerah Ballon d’Or Real Madrid, Karim Benzema dan N’Golo Kante, bekas pemain Chelsea, serta penyerang Celtic iaitu Jota sebanyak £25 juta.

Mereka menyertai bekas penjaga gol Brazil Marcelo Grohe; bekas pemain pertahanan West Brom, Ahmed Hegazi; dan pemain tengah Brazil, Igor Coronado, yang bermain untuk Banbury United; pada 2012 selepas penubuhan skuad remaja MK Dons.

Al-Nassr

Juara sembilan kali Al-Nassr menewaskan pesaing liga mereka untuk menjadi tajuk utama di seluruh dunia buat beberapa bulan apabila mereka menandatangani pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo, pada Januari selepas penyingkiran Manchester United. Beliau menjaringkan 14 gol ketika mereka menduduki tempat kedua dalam Liga Pro.

Rakan senegara Ronaldo dari Portugal, Luis Castro, menggantikan Rudi Garcia sebagai bos musim panas ini, dan mereka adalah kelab PIF yang lain.

Kapten Inter Milan, Marcelo Brozovic, juga mengambil langkah itu baru-baru ini, manakala bekas penjaga gol Arsenal David Ospina, bekas pemain antarabangsa Argentina Gonzalo Martinez, bekas penyerang Benfica Talisca dan pemain pertahanan Ivory Coast Ghislain Konan turut bermain untuk pasukan itu. Pemain antarabangsa Saudi, Mukhtar Ali, bermain untuk England bagi peringkat usia Bawah 16 dan Bawah 17 tahun.

Al-Okhdood

Al-Okhdood, yang tidak pernah memenangi trofi utama, berada di peringkat ketiga hanya lima tahun lalu. Pengurus mereka, Jorge Mendonca, ialah penolong pengurus pasukan Reading dari 2018 hingga 2019.

Pasukan yang berpangkalan di Najran ini tidak mempunyai nama terkenal, dengan penjaga gol veteran Brazil, Paulo Vitor, menyertai pasukan ini dari Portugal, Chaves, pada musim panas ini.

Al-Raed

Satu lagi pasukan yang lebih kecil di liga teratas, Al-Raed, tidak pernah merangkul trofi penting dan kini tanpa pengurus. Mereka berkongsi tempat yang sama dengan pesaing Buraidah Al-Taawoun.

Pemain pertahanan Brazil mereka, Pablo Santos, telah bermain dalam pertandingan teratas di Portugal, Russia dan Turkey.

Al-Riyadh

Musim terbaik Al-Riyadh ialah pada 1993 hingga 1994, apabila ia menduduki tempat kedua dalam liga dan memenangi Piala Putera Mahkota. Kedudukannya dinaikkan musim lalu dan baru sahaja mendapatkan khidmat pengurus Belgium, Yannick Ferrera.

Bekas penyerang Serbia, Nikola Stojiljkovic, sebelum ini pernah bermain di tanah airnya, Portugal, Sepanyol, Serbia, Turkey dan Poland.

Al-Shabab

Juara enam kali Al-Shabab kini sedang mencari pengurus baru.

Bekas pemain tengah Valencia dan Argentina, Ever Banega, adalah pemain mereka yang paling terkenal. Pemain antarabangsa Colombia, Gustavo Cuellar, dan penjaga gol Kim Seung-gyu, yang telah tiga kali bertarung dalam Piala Dunia bagi pasukan Korea Selatan, turut berada dalam skuad ini.

Al-Taawoun

Al-Taawoun, pemenang Piala Raja 2019, diuruskan oleh pemain Brazil Pericles Chamusca, yang mempunyai pengalaman pengurusan selama 30 tahun, meskipun beliau hanya berusia 57 tahun.

Pemain tengah Sepanyol, Alvaro Medran, pernah membuat lima penampilan untuk Real Madrid pada 2015 hingga 2016, manakala pertahanan tengah veteran Brazil, Naldo, bermain untuk beberapa pasukan Eropah.

Al-Tai

Al-Tai, yang masih belum memenangi trofi utama, melantik Croat Kresimir Rezic sebagai pengurus mereka pada musim panas ini.

Pemain tengah Guinea-Bissau Alfa Semedo pernah dipinjamkan dalam Kejohanan Inggeris bersama Nottingham Forest dan Reading antara 2019 dengan 2021.

Al-Wehda

Al-Wehda, yang ditubuhkan 88 tahun lalu, kali terakhir memenangi trofi Piala Raja pada 1966. Bekas pemain tengah Greece, Georgios Donis, adalah pengurus mereka, setelah berpindah daripada Al Fateh pada musim panas ini untuk menggantikan bekas pemain tengah Chile, Jose Luis Sierra.

Pemain pertahanan Costa Rica, Oscar Duarte, menjaringkan gol pada Piala Dunia 2014 menentang Uruguay, manakala pemain tengah Faycal Fajr dan penjaga gol Munir Mohamedi pernah beraksi dalam Piala Dunia 2018 untuk Maghribi.

Damac

Bekas pemain AC Milan, Atletico Madrid, West Brom dan Romania, Cosmin Contra, dinamakan pengurus Damac awal tahun ini. Kelab ini tidak mempunyai piala utama.

Domagoj Antolic pernah memenangi enam perlawanan untuk Croatia dan Adam Maher bermain untuk Belanda.

Khaleej

Khaleej mengelak penyingkiran musim lalu, setelah dinaikkan pangkat pada musim sebelumnya. Mereka diuruskan oleh Portugis Pedro Emanuel.

Pemain pertahanan veteran Lisandro Lopez memenangi empat ‘caps’ untuk Argentina dan bermain untuk Benfica dan Inter Milan. Fabio Martins ialah salah seorang daripada empat bekas pemain antarabangsa remaja Portugal dalam pasukan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >