TRIO bowling lelaki - Anuar Saaid, Mohamed Ismail Hussain dan Robert Ong - telah memenangi gangsa kedua pasukan dan yang ketiga untuk negara dalam Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan.
Semalam, pasukan lelaki negara menjatuhkan 1,881 pin dalam acara berpasukan (TPB8 + TPB2/3 + TPB2/3) demi melengkapkan acara pada tempat ketiga di belakang Korea Selatan (2,157) dan Malaysia (1,921).