Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Tugas sukar untuk Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara

Klopp akui lepas pasukan disingkir Real Madrid di peringkat 16 pasukan
Mar 17, 2023 | 05:30 AM



MADRID: Jurgen Klopp berkata Liverpool berdepan dengan cabaran besar untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah selepas pasukannya itu disingkir oleh Real Madrid di peringkat 16 pasukan.



Liverpool tewas 1-0 di Bernabeu, tetapi disingkir dari pertandingan dengan kiraaan agregat 6-2 apabila mengambil kira perlawanan pertama di Anfield, di mana ia tewas 2-5.



Dalam perlawanan kedua di Bernabeu, Karim Benzema menjaringkan gol tunggal bagi Real, bagi memastikan Liverpool mengalami kekalahan agregat terbesar dalam sejarahnya dalam Liga Juara-Juara.



Dengan musim Liga Perdana England (EPL) mencapai penghujungnya, Liverpool, juara musim 2019 dan finalis pada musim lalu masih belum berada dalam kedudukan untuk melayakkan ke Liga Juara-Juara musim depan



'Form' pasukan yang tidak konsisten pula mencadangkan ia berkemungkinan gagal meraih tangga keempat dalam EPL dan tempat kelayakan terakhir bagi Liga Juara-Juara.



"Kami gagal melakukan apa yang perlu dilakukan di stadium ini.



"Tapi adalah begitu jelas, tiada sesiapa yang akan berasa hairan dengan keputusan ini," kata Klopp.



Kekalahan yang memalukan dalam dua perlawanan dengan Real itu juga mendorong pengamat bola sepak mendakwa era gemilang Liverpool telah berakhir.



Tiga penyerang yang membawa mereka ke tiga final Liga Juara-Juara dalam lima tahun kini mengikuti haluan masing-masing.



Sadio Mane berpindah ke Bayern Munich pada musim panas lalu, sementara Roberto Firminho telah mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini.



Hanya Mohamed Salah yang masih setia dengan kelab itu, selepas melanjutkan kontraknya di awal musim ini.



Kapten Jordan Henderson pula menjangkau usia 33 tahun dan seorang lagi pemain warga England, James Milner, yang diturunkan di Bernabeu, berusia 37 tahun.



Bekas pemain midfield Scotland, Charlie Adam, yang pernah menyarung jersei Liverpool pada 2011-12, berkata:



"Saya rasa Jurgen Klopp terlalu setia pada pemain-pemain ini, terutamanya apabila anda melihat apa yang dilakukan oleh Pep Guardiola dengan pemain seperti Joao Cancelo di Manchester City dan memindahkan pemain untuk membawa masuk orang lain.



"Tetapi, saya rasa sebagai pengurus, anda juga harus menghormati apa yang pemain telah lakukan untuk anda dan itulah keputusan yang harus dibuat oleh staf."



Bekas pemain England, Chris Sutton, berkata: "Adalah menarik untuk melihat apakah langkah seterusnya Liverpool untuk bangkit daripada keadaan ini dan terutamanya di musim pindahan pemain nanti."



Walaupun bersaing bagi empat trofi utama pada musim lalu dan berjaya memenangi dua trofi, kali ini, Liverpool terpaksa menggigit jari.



Mereka kini meringkuk di tangga keenam EPL dan hanya berada di atas Brighton di tangga ketujuh melalui kiraan perbezaan gol.



Dengan beberapa perlawanan menentang pasukan kuat seperti City, Arsenal dan Chelsea menanti, kemungkinan Liverpool tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan adalah besar.



Jika ini berlaku, ia adalah kali pertama anak didik Klopp gagal menyertai pertandingan itu sejak musim pertama Klopp di Liverpool pada 2016. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >