Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tumbuk rakan sepasukan: Mane didenda, digugur dari skuad Bayern bagi perlawanan hujung minggu

Apr 14, 2023 | 11:00 AM



MUNICH:  Bintang Bayern Munich, Sadio Mane telah digugurkan dari skuad yang bakal menentang Hoffenheim selepas beliau dilapor menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane.





Media di Jerman melaporkan Mane menumbuk Sane di mukanya menyusuli kekalahan 3-0 kepada Manchester City di Stadium Etihad pada Rabu.





Pasangan pemain itu, difahami, perlu dipisahkan oleh rakan sepasukan dalam insiden yang berlaku selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah itu.

Bayern berkata Mane, yang berasal dari Senegal, telah digugurkan dari skuad kerana salah tatalaku.





Kelab itu juga berkata Mane akan didenda.





“Sadio Mane, 31 tahun, tidak akan disertakan dalam skuad FC Bayern bagi perlawanan dengan 1899 Hoffenheim,” kata Bayern dalam kenyataannya.

“Ini disebabkan perbuatannnya  menyusuli perlawanan Liga Juara-Juara di Manchester City. Mane juga akan dikenakan denda.”





Akhbar Bild, berkata Mane, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool dan dua kali menjadi pemain bola sepak terbaik Afrika, telah mengadu tentang cara Sane, seorang warga Jerman, bercakap dengannya selepas kekalahan itu.





Setibanya di Jerman, Mane menaiki kenderaan peribadi sementara Sane menaiki bas pasukan.





Kededua Mane dan Sane dilihat menyertai latihan bersama pada Khamis.

Masing-masing belum lagi memberi komen mengengai insiden itu.





Bayern akan menerima kunjungan City bagi perlawanan kedua di suku akhir Liga Juara-Juara itu pada Rabu ini.





Mane menyertai Bayern dari Liverpool dengan harga £35 juta ($58 juta), berdasarkan kontrak tiga tahun pada Jun 2022, sejurus sebelum penyerang asal Robert Lewandowski beredar ke Barcelona.





Beliau menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan pertama bagi Bayern, tetapi telah gagal menemui sasaran sejak Oktober.





Mane, yang menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan bagi Liverpool terlepas beraksi di Piala Dunia Qatar selepas mengalami kecederaan lutut semasa mewakili Bayern pada November.





Sejak tempoh itu,  beliau terlepas beraksi dalam sembilan perlawanan di peringkat kelab. – Agensi berita 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >