Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tyson beri amaran kepada Paul jelang pertarungan

May 14, 2024 | 4:33 PM
Legenda tinju, Mike Tyson, dalam sidang akhbar menjelang pertarungan dengan pencabarnya, Jake Paul, yang akan berlangsung di Stadium AT&T Arlington pada 20 Julai.
Legenda tinju, Mike Tyson, dalam sidang akhbar menjelang pertarungan dengan pencabarnya, Jake Paul, yang akan berlangsung di Stadium AT&T Arlington pada 20 Julai. - Foto REUTERS

NEW YORK: Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson, yang membuat persiapan bagi satu pertarungan profesional pertamanya sejak 2005, memberi amaran kepada pempengaruh YouTube yang kini menjadi petinju, Jake Paul, pada 13 Mei.

Menurut Tyson, nyawa pencabarnya itu akan dipertaruhkan semasa perlawanan mereka pada 20 Julai.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Teater Apollo di bandar New York mengenai pertarungan beliau dengan pencabarnya yang berusia 30 tahun lebih muda daripadanya, Tyson, 57 tahun, berkata beliau mahu menunjukkan kepada dunia bahawa beliau masih seorang petinju hebat.

“Saya sukakan Jake tetapi apabila beliau berada dalam gelanggang tinju, beliau perlu bertarung seolah-olah nyawanya dipertaruhkan, kerana itulah yang akan berlaku,” kata Tyson mengenai Paul yang berusia 27 tahun.

Pertarungannya dengan Paul akan berlangsung di Stadium AT&T Arlington, tuan rumah kepada pasukan bola sepak Amerika, Dallas Cowboys.

Pertarungan tersebut akan mempunyai beberapa peraturan, termasuk ia akan berlangsung lapan pusingan dengan setiap pusingan berlangsung selama dua minit.

Kededua petinju itu akan turut memakai sarung tangan seberat 14 auns, atau 397 gram yang lebih selamat.

Apa jua keputusan pertarungan itu akan muncul dalam rekod tinju profesional masing-masing.

Tyson, yang berkata beliau meminta pusingan lebih pendek kerana berasa ia akan membawa kepada aksi tinju lebih hebat dan perlawanan lebih menghiburkan, turut membalas kritikan ramai yang berkata keputusan beliau untuk kembali ke arena sukan itu adalah “satu kesilapan besar”.

“Orang yang berkata demikian (sebenarnya) berharap mereka berada di sini (sebagai pencabar Paul).

“Kerana tidak ada orang lain yang boleh melakukannya. Siapa lagi yang boleh melakukannya...?

“Kami berdua berkawan, tetapi dalam gelanggang ini, kami tidak lagi berkawan,” ujar Tyson.

Tyson turut berkata beliau tidak teragak-agak menerima peluang berdepan dengan Paul.

“Beliau seorang budak lelaki yang meningkat naik (sebagai petinju) dalam sukan ini, dan saya suka menggegar dunia sukan ini, dan saya sedang melakukannya sekarang. Ia hanya sesuatu yang saya mahu lakukan,” kata Tyson.

Paul mempunyai rekod kemenangan tinju sebanyak sembilan kali.

Ia termasuk enam menerusi ‘knockout’, dan satu kekalahan, ketika berdepan dengan pencabar dalam kalangan selebriti dan petinju peringkat pertengahan.

Beliau tewas sekali kepada petinju Britain, Tommy Fury, pada Februari 2023.

Paul berkata orang ramai tidak harus memandang rendah terhadap keupayaan Tyson.

“Umur tidak penting, ia hanyalah satu angka. Beliau mampu menamatkan nyawa (pencabar), beliau seorang pejuang, beliau telah melakukan ini seumur hidupnya. Jadi, ia sudah jadi satu kebiasaan baginya. Saya pula baru melakukan ini selama empat tahun,” kata Paul.

Namun, Paul berasa beliau dipandang rendah oleh Tyson.

Beliau yakin bahawa beliau lebih kuat daripada Tyson yang pernah dianggap sebagai antara petinju paling digeruni di dunia. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg