Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tzen Wei ingin bantu perenang negara capai sasaran

Apr 13, 2023 | 10:39 AM



 



PERENANG terpantas negara, Teong Tzen Wei berkata beliau rela menjadi ‘’pendera’ dalam pasukan jika ini boleh membantu rakan sepasukannya mencapai matlamat masing-masing.





Beliau berkata tidak memburu pangkat menjadi ketua dalam pasukan, tetapi senang hati menjadi mentor kepada rakan sepasukan lebih muda yang mahukan nasihat.





“Jika mereka bertanya bagaimana mereka boleh mempertingkat diri, saya akan sentiasa mendampingi mereka. Saya akan menjadi pendera dan akan memastikan mereka bersikap tanggungjawab untuk mempertingkat diri.





“Seseorang ketua mungkin hanya mahukan setiap anggota pasukan bersatu, tapi saya mahu setiap anggota bersikap lebih daripada itu dan menunjukkan kesungguhan,” katanya lagi, bercakap dengan The Straits Times. 





Jurulatih nasional, Gary Tan berkata Teong mempunyai sikap dan keupayaan menjadi ketua bagi masa depan.





Teong, 25 tahun, kebelakangan ini, telah meraih beberapa pencapaian menjolok mata.

Di Sukan SEA pada Mei 2022, beliau memenangi pingat emas acara pecut 50 meter gaya bebas dan mencatat rekod nasional 21.93 saat bagi acara itu.

Masa itu juga di bawah masa yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Olimpik Paris pada 2024.





Beberapa bulan menyusuli itu, beliau melayakkan diri ke final acaragaya kupu-kupu 50 meter di Kejohanan Sedunia, sekali lagi dengan mencatat rekod nasional iaitu 23.03 saat.





Beliau juga mengakhiri acara sama di tempat kedua di Sukan Komanwel.

Tahun lalu, masa depannya yang cerah dicemari selepas beliau dan dua lagi rakan sepasukan digantung daripada latihan selama sebulan selepas mengaku bersalah menggunakan dadah di luar negara.





Namun di Kejohanan Renang Sedunia Fina pada Disember, Teong menebus saat kecewa itu dengan merendahkan lagi rekod nasional bagi acara 50 meter gaya bebas kepada 21.09, dua hari selepas beliau mencatat rekod Asia – 22.01 saat – bagi acara 50 meter gaya kupu-kupu.





Teong berkata beliau telah mencapai rentak yang berjaya.

“Saya yakin orang yang berjaya mempunyai tiga perkara ini – keyakinan diri yang mereka boleh melakukan sesuatu lebih baik daripada oran g lain; rasa gerun mereka sentiasa tidak cukup bagus dan kawalan diri yang boleh mengaitkan semua faktor untuk berjaya.





“Dahulu, saya mempunyai dua daripada tiga perkara ini, tetapi saya kurang kawalan diri kerana ia memerlukan kesugguhan, disiplin dan mempelajari bagaimana hendak mengatasi cabaran peribadi untuk maju,” kata beliau lagi.

Sebagai contoh, sebelum Sukan SEA 2022, beliau mula menjaga pemakanannya – mengelak makanan berminyak dan yang digoreng – selain tidur secukupnya setiap hari.





Beliau berkata:

“Ramai orang sangka mereka boleh menjadi lebih pantas dengan sebegitu sahaja jika mereka berlatih bersungguh-sungguh.





“Tapi hakikatnya, jika anda ingin menjadi lebih pantas dan lebih kuat, anda harus mula membina tubuh anda lagi.”





“Tidak semua orang mungkin bersetuju dengan cara saya ini, tetapi ia berkesan bagi saya dan ini ditunjukkan menerusi perlumbaa saya.





“Di Sukan SEA akan datang ini, saya menetapkan sasaran melayakkan diri ke Olimpik,” kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >