Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA ASIA

Ujian mencabar menanti Sailors, diundi bersama kelab China, Jepun

Juara Liga Perdana Singapura ghairah nantikan cabaran dalam penampilan sulung kejohanan glamor Asia
Jan 19, 2022 | 05:30 AM



KEMPEN sulung Lion City Sailors di Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan menyaksikan mereka berdepan dengan juara bertahan Liga Super China (CSL) Shandong Taishan; juara Piala Maharaja Jepun Urawa Red Diamonds; serta pemenang bagi perlawanan play-off antara naib juara kedua Liga K1, Daegu FC dengan kelab Thai, Buriram United.



Sailors, juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) diundi menyertai Kumpulan F (Zon Timur Asia) dalam acara ringkas yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin.



Ini adalah kali pertama Sailors menyertai Liga Juara-Juara dan ia perlu mempertingkat prestasi untuk bersaing dengan kelab-kelab lebih handal dalam pertandingan ini.



Urawa telah memenangi ACL dua kali - pada 2007 dan 2017 - dan menjadi naib juara pertandingan itu pada 2019.



Shandong, juara bertahan liga di China, dibarisi beberapa pemain nasional negara itu, dan juga bekas pemain midfield Manchester United dan Everton, Marouane Fellaini.



Ketua Eksekutif Sailors, Chew Chun-Liang, berkata: "Kami menantikan cabaran untuk menguji diri kami apabila menentang pasukan-pasukan yang terbaik di Asia, sementara kami terus memperkukuh dan membina keupayaan di kelab ini.



"Jurulatih Kim Do-hoon dan pasukan sedar mengenai tugas besar yang menanti di ACL, tetapi perancangan telah dibuat, dan pasukan kami akan bekerja keras supaya kami dapat mengibarkan bendera Singapura dengan bangga apabila pertandingan bermula".



The Sailors berharap dapat menggunakan kepakaran Kim yang membawa kelab Ulsan Hyundai ke puncak ACL pada 2020; dan penyerang berpengalaman Kim Shin-wook, yang memenangi pertandingan itu dua kali dengan dua kelab berbeza - bersama Ulsan pada 2012 dan bersama Jeonbuk Hyundai Motors pada 2016.



Buat masa ini, Sailors telah memperkuatkan skuad mereka dengan mendapatkan khidmat pemain nasional Singapura Izwan Mahbud dan pemain tengah M. Anumanthan.



Penyerang kelab itu, Gabriel Quak, berkata pasukannya bersedia untuk menyahut cabaran di ACL.



"Ini pengalaman pertama kami dalam pertandingan itu dan kami ditempatkan dalam kumpulan yang tampak mencabar.



"Namun kami menerima realiti ini kerana dalam pertandingan ini, setiap perlawanan tentunya sukar.



"Ia akan menjadi ujian yang baik untuk kami dan ia akan memberikan cabaran yang berbeza berbanding beraksi dalam liga domestik kerana kami berupa underdog (pasukan kerdil) di peringkat ini.



"Tapi, hakikat ini mungkin boleh memberikan kelebihan kepada kami kerana lawan kami mungkin tidak tahu terlalu banyak tentang kami. Kami boleh beraksi dan menunjukkan kebolehan kami.



"Inilah detik yang amat kami nanti-nantikan," kata Quak, 31 tahun.



Perlawanan peringkat kumpulan akan dimainkan mengikut format round-robin di satu tempat yang belum lagi ditentukan.



Ia akan berlangsung dari 15 April hingga 1 Mei.



Lima pemenang kumpulan dan tiga naib juara terbaik dari kedua-dua Zon Timur dan Barat akan mara ke pusingan kalah mati pertama.



Pusingan itu dijadual bermula pada Ogos nanti manakala final dua perlawanan akan dimainkan pada Februari 2023.



Sementara itu dalam undian Piala AFC, Hougang United yang menduduki tempat ketiga dalam SPL musim lalu, diundi dalam Kumpulan I dengan naib juara Liga Vietnam, Viettel FC; juara Liga Kemboja 2021, Phnom Penh Crown; dan naib juara Liga Myanmar 2020, Hantharwady United FC.



Tampines Rovers, wakil SPL yang lain, akan berusaha mempertingkat pencapaian di peringkat benua selepas kempen ACL pertama pada tahun lalu.



Kelab digelar The Stags itu kalah kesemua enam perlawanan kumpulan dengan gawangnya dibolosi 27 gol. Ia hanya menjaringkan satu gol.



Kali ini, Tampines diundi dalam Kumpulan H bersama-sama juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC; juara Piala Indonesia 2019, PSM Makassar; dan sebuah lagi pasukan, yang akan ditentukan menerusi perlawanan play-off antara Shan United FC dengan Ayewady United FC dari Myanmar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >